Langkau ke kandungan utama

Catatan

Masih wujud

Setahun lamanya! Ya, lama sungguh! Terlalu lama aku membiarkan blog ini tanpa sentuhan dan tanpa pengisian. Tanpa sebab dan alasan yang munasabah pada perkiraanku. Namun begitu sebab dan alasan itu juga yang aku pegang hingga menjadikan blog ini terbiar begitu lama. Alasannya kerana aku dan keluarga berpindah dari rumah lama ke rumah baru yang kami diami sekarang kira-kira  setahun yang lalu. Ketika di rumah lama aku merupakan pelanggan TM/Streamyx yang sangat aktif. Bila-bila masa aku nak buka dan access internet bukan satu masalah kecuali kalau kabel telefon dikebas penyamun.  Berbeza di rumah sekarang yang kawasan sekitarnya tidak menyediakan khidmat TM. Lalu terpaksa aku menggantikannya dengan khidmat Celcom. Dengan pakej berharga RM98, aku diperuntukkan pengunaan sebanyak 6gb. Bulan pertama tak cukup lalu aku cuba jimatkan penggunaannya pada bulan-bulan berikut. Kekadang terlajak juga. Kerana itu aku jarang access internet di rumah. Aku terpaksa mengutamakan peng...

Air jampi

Tidak dinafikan baginda Nabi pernah menjampi penyakit seperti baginda juga berubat dengan bahan-bahan perubatan yang lain. Ini disebut dalam hadis-hadis yang sahih. Namun dakwaan dengan air atau kismis atau apa jua bahan-bahan jampi orang yang tidak pintar pun boleh dipintarkan, suami atau anak yang tidak baik perangainya boleh dipulihkan, ini sudah luar biasa lagi mengatasi Nabi. Baginda tidak menjampi kaum Quraisy agar beriman, bahkan bapa saudaranya yang dekat dan dikasihi iaitu Abu Talib pun meninggal dalam keadaan kufur tanpa dijampinya. Kalau dengan menjampi manusia boleh berubah sikap, pasti Nabi akan menjampi telaga zamzam kerana itu sumber air Quraisy ketika itu. Pasti Quraisy akan berubah apabila terminum. Hal ini tidak berlaku dalam sirah baginda. Kalau benar ada orang boleh menjampi sehingga mengubah sikap manusia kepada baik, atau mencerdikkan manusia maka eloklah kita mengupahnya menjampi empangan-empangan air di negara ini agar semua rakyat menjadi baik dan cerdik. Keta...

Tajuk utama

Mudah sungguh nak dapat cerita. Berbekalkan cerita seseorang dalam Facebooknya, Mingguan Malaysia pantas menjadikannya sebagai berita muka depan. Tak cukup dengan itu, diminta pula orang-orang tertentu memberikan ulasan. Termasuk yang memberi ulasan Ustaz Fathul Bari yang terkenal pula dengan sikap teliti dalam mendapatkan sumber. Tak pasti pula dalam hal ini, beliau benar-benar teliti atau pakai terima saja. Maklumlah, kalau sudah berparti asal ada cerita buruk dari parti lawan maka benarlah cerita itu. Dr. Mahathir pernah menyatakan hudud tidak terdapat dalam al-Quran. Itu jelas satu penghinaan kepada Allah dan hukumNYA . Ustaz Fathul Bari sudah menjawabnya dengan tegas. Cuma baik ucapan Dr. Mahathir atau ulasan Ustaz Fathul Bari, kedua-duanya hanya tersebar di internet saja. Utusan Malaysia, Berita Harian, TV3, RTM dan sebagainya tidak pula menjadikannya sebagai tajuk utama. Sebab apa? Kerana Dr. Mahathir orang UMNO.

Ungkit

Bagi duit sekolah RM100, ungkit. Bagi baucer buku RM200, ungkit. Bagi bantuan RM500, ungkit. Hapus yuran persekolahan, ungkit. Baru sekali buat, ungkitnya berkali-kali. Orang tua-tua dulu kata, “bertelur sebiji riuh sekampung.” Lebih kurang la tu!! Aku sebenarnya tak nak berburuk sangka. Tapi bila renung-renung, macam umpan pilihanraya. Dulu masa menang besar, tak teringat pun nak bagi macam ni. Agaknya, bila dah hilang majoriti baru nampak nak tolong rakyat 

Jemputan atau paksaan

Mudahnya jadi pemimpin kerajaan. Nak tunjuk kononnya rakyat sokong mereka, buat program. Kemudian keluarkan surat jemputan (arahan) kepada kakitangan kerajaan. Kalau ramai yang hadir (kerana takut diambil tindakan), maka ia dijadikan bukti sokongan rakyat yang tidak berbelah bahagi. Bagi yang tidak hadir pula, akan menerima surat minta penjelasan. Asalnya surat jemputan tapi kenapa pula mesti diminta penjelasan. Yang sebenarnya, jemputan atau paksaan?

Buat macam dulu

Akhirnya kerajaan memutuskan untuk kekalkan SSM dengan beberapa penambahbaikan. Kenaikan gaji kakitangan awam juga diselaraskan dengan gred 1 hingga gred 52 menerima kenaikan sebanyak 13% serta kenaikan elaun kola. Berbeza dengan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diumumkan dulu yang menampakkan perbezaan begitu ketara antara kumpulan sokongan dan kumpulan atasan. Mungkin patut juga kakitangan awam berterima kasih kepada CUEPACS yang dari awal berjuang agar mengurangkan jurang kenaikan yang terlalu ketara antara dua kumpulan ini. Namun jangan juga dilupa, kerajaan berbuat demikian juga kerana takutkan hilang sokongan rakyat dalam pilihanraya. Justeru boleh diandaikan kerajaan sebenarnya tunduk kepada kehendak rakyat. Inilah dikatakan kemenangan rakyat. Bukan itu saja. Sebelum ini juga kerajaan dah beri banyak bantuan. Terbaru dan masih segar ialah bantuan persekolahan RM100, yuran sekolah dikecualikan dan paling popular ialah Bantuan Rakyat 1 Malaysia(BR1M). Agaknya kalau BN me...

Ganjaran amal soleh

Diberi pahala yang besar. Firman Allah, “ Allah telah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan yang beramal soleh, (bahawa) untuk mereka ampunan dan pahala yang besar .” (Surah al-Maidah ayat 9) Diberi kehidupan yang selayaknya. Firman Allah, “ Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik laki-laki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan .”(surah an-Nahl ayat 97) Diberi tambahan petunjuk. Firman Allah, “ Dan Allah akan menambah petunjuk kepada mereka yang telah mendapat petunjuk. Dan amal-amal soleh yang kekal itu lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu dan lebih baik kesudahannya .” (Surah al-Maryam ayat 76) Dihapuskan dosa-dosanya. Firman Allah, “ Dan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, benar-benar akan Kami hapuskan dari mereka dosa-dosa mereka dan benar-benar akan Kami beri mer...