Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2012

Tajuk utama

Mudah sungguh nak dapat cerita. Berbekalkan cerita seseorang dalam Facebooknya, Mingguan Malaysia pantas menjadikannya sebagai berita muka depan. Tak cukup dengan itu, diminta pula orang-orang tertentu memberikan ulasan. Termasuk yang memberi ulasan Ustaz Fathul Bari yang terkenal pula dengan sikap teliti dalam mendapatkan sumber. Tak pasti pula dalam hal ini, beliau benar-benar teliti atau pakai terima saja. Maklumlah, kalau sudah berparti asal ada cerita buruk dari parti lawan maka benarlah cerita itu. Dr. Mahathir pernah menyatakan hudud tidak terdapat dalam al-Quran. Itu jelas satu penghinaan kepada Allah dan hukumNYA . Ustaz Fathul Bari sudah menjawabnya dengan tegas. Cuma baik ucapan Dr. Mahathir atau ulasan Ustaz Fathul Bari, kedua-duanya hanya tersebar di internet saja. Utusan Malaysia, Berita Harian, TV3, RTM dan sebagainya tidak pula menjadikannya sebagai tajuk utama. Sebab apa? Kerana Dr. Mahathir orang UMNO.

Ungkit

Bagi duit sekolah RM100, ungkit. Bagi baucer buku RM200, ungkit. Bagi bantuan RM500, ungkit. Hapus yuran persekolahan, ungkit. Baru sekali buat, ungkitnya berkali-kali. Orang tua-tua dulu kata, “bertelur sebiji riuh sekampung.” Lebih kurang la tu!! Aku sebenarnya tak nak berburuk sangka. Tapi bila renung-renung, macam umpan pilihanraya. Dulu masa menang besar, tak teringat pun nak bagi macam ni. Agaknya, bila dah hilang majoriti baru nampak nak tolong rakyat