Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2012

Jemputan atau paksaan

Mudahnya jadi pemimpin kerajaan. Nak tunjuk kononnya rakyat sokong mereka, buat program. Kemudian keluarkan surat jemputan (arahan) kepada kakitangan kerajaan. Kalau ramai yang hadir (kerana takut diambil tindakan), maka ia dijadikan bukti sokongan rakyat yang tidak berbelah bahagi. Bagi yang tidak hadir pula, akan menerima surat minta penjelasan. Asalnya surat jemputan tapi kenapa pula mesti diminta penjelasan. Yang sebenarnya, jemputan atau paksaan?

Buat macam dulu

Akhirnya kerajaan memutuskan untuk kekalkan SSM dengan beberapa penambahbaikan. Kenaikan gaji kakitangan awam juga diselaraskan dengan gred 1 hingga gred 52 menerima kenaikan sebanyak 13% serta kenaikan elaun kola. Berbeza dengan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diumumkan dulu yang menampakkan perbezaan begitu ketara antara kumpulan sokongan dan kumpulan atasan. Mungkin patut juga kakitangan awam berterima kasih kepada CUEPACS yang dari awal berjuang agar mengurangkan jurang kenaikan yang terlalu ketara antara dua kumpulan ini. Namun jangan juga dilupa, kerajaan berbuat demikian juga kerana takutkan hilang sokongan rakyat dalam pilihanraya. Justeru boleh diandaikan kerajaan sebenarnya tunduk kepada kehendak rakyat. Inilah dikatakan kemenangan rakyat. Bukan itu saja. Sebelum ini juga kerajaan dah beri banyak bantuan. Terbaru dan masih segar ialah bantuan persekolahan RM100, yuran sekolah dikecualikan dan paling popular ialah Bantuan Rakyat 1 Malaysia(BR1M). Agaknya kalau BN me