Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2011

Elak bising

Tempat: Masjid Waktu: Sebelum solat terawih. Salah seorang AJK masjid bangun membuat pengumuman. Dia turut mengingatkan kanak-kanak yang berada di belakang saf belakang supaya tidak membuat bising sehingga mengganggu jamaah yang sedang solat. Sebenarnya bukan susah nak sekat budak-budak dari bising. Letakkan mereka di saf hadapan saf orang dewasa. Sekurang-kurangnya mereka tahu ada yang sedang memerhati kelakuan mereka. Ada di kalangan mereka yang datang dengan niat nak sembahyang. Tapi bila dah join dengan kekawan yang kaki pengacau, terpaksalah mereka terlibat sama. Kalau kedudukan mereka dalam perhatian orang-orang dewasa, tak adalah aksi-aksi cubit-cubitan, sepak terajang, tampar-menampar atau lain-lain aksi terlarang. Kalau dia nak buat bising kat luar masjid juga, itu dah dikira luar kawalan.

Taman Cempaka

Sekitar tahun 1998-99, saya dan isteri menyewa rumah di Taman Cempaka. Setahun selepas itu kami berpindah ke rumah sendiri. Sejak itu saya terputus berita dengan teman-teman yang menjadi tetangga saya di sana biarpun jarak antara Taman Cempaka dengan kawasan perumahan saya sekarang cuma 30 kilometer. Namun semalam dengan izin Allah saya dipertemukan kembali dengan mereka yang hampir tidak saya kenali. Ia bermula gara-gara pertemuan saya dengan salah seorang dari mereka di Surau al-Muhtadin. Lanjutan dari pertemuan itu, beliau menghubungi dan menjemput saya untuk bertazkirah di surau Taman Cempaka. Saya tidak teragak-agak untuk menyatakan persetujuan memandangkan ini peluang untuk saya kembali bersilaturrahmi dengan teman-teman yang pernah berjamaah bersama. Selepas solat maghrib saya bertolak bertemankan dua lagi rakan. Setibanya kami di Taman Cempaka, saya dapati tak banyak yang berubah. Begitu juga dengan suraunya. Kami tiba bertetapan dengan azan Isyak. Selesai bertarawih saya dij

Musykil

Semua maklum, persetubuhan pada waktu siang dalam bulan Ramadan hukumnya haram. Sebagai ganti, wajib berpuasa selama 60 hari berturut-turut. Ada ustaz yang kata kalau nak bersetubuh juga, berbuka dulu. Jadi, tak perlu berpuasa dua bulan berturut-turut. Cuma ganti satu hari saja puasa yang terbatal kerana makan dengan sengaja. Sepengatahuan saya, berbuka puasa kerana nak bersetubuh bukan termasuk dalam keuzuran yang dibenarkan syariat. Maka ia ternasuk dalam perbuatan berbuka puasa secara sengaja. Hukumnya haram. Bersetubuh di siang hari dalam bulan Ramadan juga haram. Kemusykilan saya, mengapa orang yang buat satu perkara haram, bersetubuh saja, wajib berpuasa dua bulan berturut-turut sebagai ganti. Sebaliknya, orang yang melakukan dua perkara haram, berbuka dengan sengaja dan bersetubuh, hanya mengqadakan puasanya satu hari saja?