Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2009

Peluang masing-masing

Apa cerita di DUN Kota Siputeh? Nak kosong atau tak kosong? Speaker dah hantar surat makluman kepada SPR. Kerusi itu patut dikosongkan kerana wakilnya sudah menyalahi Undang-undang Tubuh Kerajaan Kegeri Kedah. SPR pula bertangguh-tangguh, mungkin menanti isyarat 'orang-orang di atas sana'. Dok tengah main kenyit-kenyit mata. Kata SPR, kuasa mengosongkan kerusi hak depa. Habis, engkar peraturan hak siapa? Hak UMNO&BN yang boleh buat apa saja. Memanglah gayat bunyinya kalau pilihanraya kecil berlaku di sana, khususnya buat UMNO&BN. Dulu pun depa menang tak banyak. Majoriti 495 undi saja. Tapi melalui pilihanraya kecil ini UMNO&BN boleh membuktikan bahawa orang-orang Melayu sudah mula kembali menyokong mereka seperti yang dicanangkan selama ini. Mana tahu, BN menang dengan majoriti 2000 lebih. Barulah semangat balik. Sekarang dah ketinggalan 1-7(BN menang di DUN Batang Ai), inilah peluang nak mengecilkan jurang perbezaan gol. Wah, macam Hasbullah Awang lah pula! Atau

Tahniah YB Lim Soo Nee

Rasanya belum terlewat untuk mengucapkan tahniah kepada YB Lim Soo Nee, ADUN Kulim yang dilantik ke jawatan EXCO menggantikan YB Radhi Salleh. Saya mengenalinya sejak tahun 2004 lagi walaupun beliau tidak mengenali saya. Pada tahun 2004 beliau dipilih sebagai calon PKR untuk bertanding di DUN Sidam dalam Parlimen Sungai Petani. Beliau kemudiannya telah membuka bilik gerakannya di Kampung Batu Dua. Oleh kerana ketika itu petugas-petugas PKR Bahagian Sungai Petani lebih tertumpu kepada DUN Bakar Arang yang diwakili oleh EN. Johari Abdul ( sekarang MP Sungai Petani dan bergelar Datuk ), YDP PAS Sungai Petani, Dato' Muslim telah mengarahkan cawangan Batu Dua membantu YB Lim berkempen. Maka beraraklah pemuda-pemuda cawangan Batu Dua masuk keluar kampung, mengusung calon ke sana ke mari atas semangat Barisan Alternatif. Malah boleh dikatakan hampir 100 % jentera kempen beliau datang dari pihak PAS cawangan Batu Dua dan MTD Sidam. Dari bab makan minum hatta bab agen tempat mengundi. Saya

Takziah

Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'uun . Takziah di atas kembalinya ke rahmatullah tokoh ekonomi dan pendidikan negara Profesor Dr. Ismail Md.Salleh. Sesungguhnya almarhum merupakan insan hebat yang pernah dilahirkan negara. Anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini telah menafikan segala kekurangan yang ada pada dirinya dengan mencipta kejayaan sama ada untuk dirinya atau negara tercinta. Negara wajar berasa kehilangannya. Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fu 'anhu.

"Kalau nak buat bising, jangan mai surau"

Petang ni rasanya teringin pula nak berkongsi cerita tentang kejadian di surau semalam. Bukan satu cerita besar pun. Cerita budak-budak. Dah nama pun budak-budak, biasalah. Riuh rendah, gelak ketawa dan buat bising dah jadi amalan mereka. Sedikit sebanyak mengganggu jamaah yang sedang bersolat terawih. Walau bagaimanapun kebisingan bebudak tu bukanlah faktor utama kurangnya khusyuk dalam solat dibandingkan dengan gangguan sebenarnya yang berpunca dari aktiviti seharian. Kerja tak siap, esok bos panggil masuk bilik, baju raya anak belum beli lagi, kereta belum servis, nak balik kampung siapa dulu dan berpuluh hal lagi yang membelit sebenarnya menjadi punca solat tak khusyuk. Lalu ada seorang kawan yang terus bagi 'warning'. " Lepas ni kalau nak buat bising lagi, balik. Tak payah mai surau. Kacau orang nak sembahyang ." Lepas kena amaran, senyaplah budak-budak tu. Kebetulan pula sebahagian jamaah mula keluar setelah menggenapkan lapan rakaat solat terawih. Kali ini oran

Mereka beroleh dua pahala

Gembira dan terharu tatkala melihat teman-teman jamaah Surau al-Muhtadin yang mengambil bahagian dalam program tadarus berusaha membaca al-quran walaupun dalam keadaan payah dan lambat-lambat. Kesungguhan yang ditunjukkan mereka menjadikan saya lebih bersemangat untuk bersama dalam program biarpun ketika bacaan terakhir jam sudah menunjukkan pukul 12.00 tengah malam. Harapnya biarlah kesungguhan ini berterusan sehingga berjaya dikhatamkan al-quran pada penghujung Ramadan nanti. Sesungguhnya Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam begitu mendorong umatnya membaca al-quran malah dijanjikan dua pahala kepada mereka yang membaca dengan bacaan yang tersekat-sekat. Sabda Baginda yang bermaksud, " Orang-orang yang membaca al-quran dan ia sudah mahir dengan bacaannya, maka ia disertai para Malaikat utusan Allah yang mulia lagi sangat berbakti. Sedang orang yang membacanya dan tersekat-sekat bacaannya(tidak lancar) dan berasa sukar ketika membacanya, maka ia mendapat dua pahala ."

Membaca Yasin lebih disukai dari bertadarus

Sebut saja ada majlis bacaan yasin tak kiralah di masjid, surau atau di rumah sama kenduri arwah atau sambutan Maal Hijrah atau malam Jumaat atau Nisfu Syaaban atau apa saja pasti akan berduyun-duyun orang menghadirinya. Begitu rapatnya hubungan orang kita dengan yasin dan begitu mahirnya orang kita membaca yasin sampai ada yang mampu membacanya tanpa melihat mashaf. Sempena bulan Ramadan, surau menganjurkan majlis tadarus quran. Puas diumum, jenuh diajak tapi penyertaannya malah jauh lebih sedikit dari majlis bacaan yasin. Boleh dibilang dengan jari tangan tak perlu tambah dengan jari kaki. Orang kita lebih berminat dengan surah yasin berbanding membaca keseluruhan al-quran. Atau mungkin kerana terlalu kerap dan biasa membaca yasin sehingga tidak menyedari ada surah lain dalam al-quran selain surah yasin. Mungkin orang-orang kita perlu diingatkan dalam quran ada sejumlah 114 surah dan surah yasin hanya salah satu daripadanya. Bagi menggambarkan betapa rapatnya hubungan orang Melayu de

UMNO hina pengundi

Berkatalah Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, " pengundi sebenarnya tidak memberi keutamaan kepada calon sebaliknya keutamaan mereka adalah parti yang bakal dipilih ."( riwayat dari Utusan Malaysia ). Ini bererti UMNO melihat pengundi di Permatang Pasir sebagai golongan bodoh yang tidak peduli siapa yang menjadi wakil rakyat mereka walaupun mempunyai rekod yang buruk. Seperti dikatakan, " kita letak tanduk lembu pun pengundi Permatang Pasir akan pilih kita ." Itulah maksud kata pemimpin UMNO untuk menggambarkan kebodohan pengundi di Permatang Pasir. Pengundi-pengundi di Permatang Pasir kenalah buktikan sebaliknya. Pengundi Permatang Pasir akan tunjukkan kecerdikan dengan menolak calon UMNO yang terbukti pecah amanah sewaktu menjadi peguam dahulu. Pengundi di Permatang Pasir sangat bijaksana kerana akan memilih calon yang bersih dan berpegang teguh dengan ajaran Islam selain mewakili parti yang memperjuangkan Islam.

Masih ada kesempatan

سبحان الله /الحمدلله /الله أكبر Tiada lagi ucapan yang lebih baik melainkan ucapan puji dan syukur kepada Allah di atas kesempatan yang ke sekian kalinya berada dalam Ramadan yang mulia sekaligus diberi peluang merebut segala bentuk ganjaran yang dijanjikan. Kini terpulang kepada yang empunya diri sama ada ingin mengulangi kesilapan lalu mensia-siakan kesempatan yang diberi atau bertekad untuk memperbaiki kesilapan lalu dan menjadikan Ramadan kali ini lebih baik. Sungguh peluang ini tidak datang selalu. Sekali dalam setahun bahkan tiada jaminan untuk mendapat peluang seumpama ini pada Ramadan yang akan datang. Betapa ruginya diri yang tidak menghiraukan ganjaran yang dijanjikan Allah kepada hambaNYA yang mengisi Ramadan dengan iman dan amal. Betapa ruginya diri yang berpuasa sebaliknya tidak diiringi bersama amalan sunat yang lain malah lebih malang kepada diri-diri yang berpuasa tetapi meninggalkan solat fardu. Ibarat jasad tanpa roh, puasanya langsung tiada nilai di sisi Allah. Jus

Luangkan sedikit waktu

Susah sangatkah melapangkan sedikit waktu selepas solat maghrib atau selepas sunat ba'diah maghrib dengan menunda sikit waktu makan sementara pakaian bersolat masih terpasang ditubuh untuk berdiri mengerjakan solat sunat dua raka'at paling ringkas dan di sujud yang terakhirnya, ketika wajah tersembam rapat di tempat sujud dengan kedudukan sebagai makhluk paling hina di sisi Khaliqnya lalu berdoa dangan penuh harap memohon supaya dilindungi diri, keluarga, jiran tetangga, teman-teman, masyarakat, dalam negeri, dalam negara dan penduduk dunia keseluruhannya dari malapetaka yang sedang melanda seluruh dunia. Apa lagi kalau bukan bala selsema babi yang mengerikan. Jangan tunggu lagi. Jangan tunggu pihak surau atau masjid anjurkan. Atau menunggu seruan parti-parti politik atau NGO atau kerajaan negeri mengadakan di stadium. Solat hajat boleh dilakukan bila-bila masa, di masjid atau di rumah, jamaah atau lebih baik secara perseorangan. Atau kita tidak yakin dengan kemampuan berdo

Calon yang diragui

Ini bukan soal mengata, mengumpat atau menyerang peribadi lagi. Ini soal menyerahkan amanah untuk diurus dan ditadbir. Justeru adakah layak seseorang yang sudah diketahui sebagai orang yang pernah mengkhianati amanah yang dipertanggungjawabkan ke atasnya diserahkan urusan itu untuk kesekian kalinya? Ini bukan lagi kemungkaran yang tersembunyi bahkan sudah terang lagi bersuluh. Adalah menjadi tanggungjawab kepada sesiapa yang mengetahui akan hal ini untuk menjelaskan dan menyedarkan pengundi akibat buruk yang bakal menimpa kerana memilih calon yang buruk rekodnya. Soal sama ada dia sudah bertaubat, itu antara dia dengan Allah. Namun dalam soal hubungannya dengan manusia dan kepimpinan sesebuah kawasan, kita berhukum pada yang zahir serta mengambil pendekatan berhati-hati. Jangan terpedaya dengan larangan menyerang peribadi calon khususnya pada bulan Ramadan. Kerana peribadilah yang akan mempengaruhi tindakan sementelahan kuasa dan pengaruh dalam genggaman. Kalau dia sudah bertaubat, al

Ustaz Salleh Man calon di Permatang Pasir

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd Salleh Man dipilih sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat untuk pilihan raya kecil Permatang Pasir. Pemilihan calon PAS itu diumumkan oleh Abdul Hadi di hadapan ribuan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat. Turut hadir dalam majlis pengumuman calon itu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak; Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agong PAS, Datuk Mustafa Ali; Ketua PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Hashim; Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Guan Yow dan Pengarah Induk Pilihanraya Permatang Pasir, Datuk Mahfuz Omar. Sumber: http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=022132&Itemid=85 Azridul mengucapkan tahniah di atas pemilihan Ustaz Salleh dan percaya keupayaan Ustaz Salleh dengan bantuan jentera pilihanraya parti-parti dalam Pakatan Rakyat akan membuahkan hasil ya

Moga diredai Allah

" Semoga dipanjang umur dan dimurahkan rezeki ." Begitulah antara doa yang dilafazkan sebagai tanda terima kasih di atas sedekah, sumbangan atau derma yang dihulurkan. " Insya Allah ", balas pula sahabat yang menghulurkan. Memang itu sebahagian dari keinginan manusia. Lemahnya iman menjadikan kita terlebih dahulu diperdaya syaitan supaya berkira-kira apakah keuntungan di sebalik sumbangan yang bakal dihulurkan. Maka doa yang sedemikian sekurang-kurangnya menenangkan jiwa yang menyumbang. Namun di sana ada matlamat yang lebih berharga dari sekadar panjang umur dan murah rezeki. Matlamat yang sepatutnya mendorong upaya beribadah dan beramal kebajikan. Matlamat yang sering dilafazkan dalam doa seusai solat. Allahumma inni as aluka ridhaka wal jannah (Ya Allah sesungguhnya hamba mohon keredaan MU dan syurga). Sesungguhnya reda Allah yang lebih diharapkan dari segalanya. Kerana dengan reda Allah menjanjikan nikmat yang tak terhingga nilainya. Justeru untuk saudara yang

Anak ada hak memilih

Ini cerita seorang teman. Tidak saling mengenali cuma tahu sikit-sikit. Selepas SPM, teman ini ditawarkan mengikuti kursus dalam bidang berkaitan pengendalian darah dan DNA. Begitulah lebih kurang katanya. Selang beberapa bulan, dia telah dipanggil pulang untuk menguruskan perniagaan ayahnya memandangkan dia adalah anak lelaki tunggal dalam keluarganya. Dia tiada pilihan melainkan akur dengan kehendak ayahnya. Tidak beberapa lama, ayahnya meninggal dunia. Malangnya perniagaan menjadi porak peranda akibat pertelingkahan keluarga yang masing-masing mahu berebut bahagian dalam syarikat. Kini syarikat yang dahulunya menyediakan bahan binaan bertukar menjadi kedai pakaian dan peralatan pengantin. Apa pula halnya dengan teman itu? Entahlah. Mudah-mudahan rezekinya murah berkat menjadi anak yang taat. Ini pula cerita teman sekerja saya. Memang cukup kenal. Baru-baru ini anaknya mendapat dua tawaran melanjutkan pelajaran. Satu dari UPSI dan satu lagi dari kolej perubatan. Dari segi jaminan p

Membaguskan pakaian termasuk sunnah

Ibn Qayyim al-Jauziyah dalam kitabnya Talbis Iblis(Muslihat Iblis) ketika menafikan cara berpakaian segolongan ahli sufi yang suka membawa kain tuala dan memakai pakaian yang bertampung, berkata: Kami tidak suka membawa kain tuala dan memakai pakaian yang banyak kesan tampung kerana empat pertimbangan: yang demikian itu bukan termasuk cara berpakaian salafus saleh. Kalaupun ada di kalangan mereka yang bertampung pada pakaiannya, itu kerana keadaan yang memaksa. yang demikian itu pura-pura menunjukkan kemiskinan. Padahal manusia diperintahkan untuk memperlihatkan nikmat Allah ke atas dirinya. yang demikian itu menunjukkan zuhud, padahal kita diperintahkan supaya menyembunyikan kezuhudan kita. yang demikian itu menyerupai orang-orang yang menyimpang dari syarak. Sesiapa yang menyerupai suatu golongan, maka dia termasuk golongan mereka. Tujuan golongan ini memakai pakaian yang bertampung untuk menunjukkan kezuhudan mereka dan di samping dilihat sebagai orang yang menolak dunia dan mencint

Najib patut tegur Muhyiddin

Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, DS Najib pernah meminta agar TG Datuk Nik Aziz menjaga perasaan ahli UMNO ketika mengeluarkan sesuatu kenyataan. Baru-baru ini timbalannya, TS Muhyiddin menyifatkan Ketua Pembangkang DS Anwar sebagai pengkhianat kepada perjuangan Melayu. Walaupun diancam dengan saman RM100j, TS Muhyidin tetap tidak berganjak dengan dakwaannya dan enggan menarik balik. Manakala UMNO Johor pula akan mengadakan perhimpunan menyokong kenyataan Timbalan Presiden mereka sambil semua peserta perhimpunan akan melaungkan 'pengkhianat' kepada DS Anwar. Wah, DS Najib! Macam mana ni? Hati ahli UMNO saja yang kena jaga? Bagaimana pula dengan hati dan perasaan orang lain? Hati dan perasaan ahli PKR dan penyokong-penyokong DS Anwar yang bukan sahaja terdiri dari ahli PKR malah ahli PAS pun ramai juga yang sokong DS Anwar. DS Najib patut tegur cara timbalannya dan UMNO Johor. Barulah boleh dikatakan adil. Jangan asyik nak jaga sebelah pihak saja. Mana pergi ' 1 Mala

Mudah jadinya

Jarak antara rumah saya dengan surau al-Muhtadin bukanlah jauh sangat. Hanya kira-kira 30 meter saja. Saya biasa berjalan kaki ke surau atau dengan motosikal dan kerap juga berkereta. Harap-harap kenderaan saya itu akan jadi saksi ketika diperlukan di Padang Mahsyar nanti. Insya Allah. Petang tadi tanpa disedari tayar depan kereta saya pancit. Tanpa disedari juga saya memandunya ke surau namun terasa kelainannya dari biasa. Sampai saja di surau, sah pancit. Apa boleh buat, terpaksalah saya tukar tayar di hadapan surau. Dengan izin Allah, ramai yang menawar diri membantu khususnya anak-anak jiran yang kebetulan berada di situ. Saya hanya jadi pemerhati saja. Rupanya ada hikmah di sebalik ketidak sengajaan membawa kereta yang pancit tayarnya ke surau. Allah nak permudahkan kerja. Alhamdulillah.

Bekal setahun

Dua malam yang lepas atau lebih tepat malam Nisfu Syaaban, surau al-Muhtadin padat dengan jamaah lelaki dan perempuan. Mereka datang bersolat maghrib berjamaah, diikuti membaca surah yaasin dan berdoa beramai-ramai lalu solat isya' berjamaah dan diakhiri dengan jamuan. Lengkaplah sudah malam itu dengan bekalan setahun sementara menunggu Nisfu Syaaban yang akan datang. Kerana pada malam ini, surau kembali lengang.

Pesta Nisfu Syaaban

Pastinya pada malam ini, para jamaah di kebanyakan masjid dan surau meraikan pesta membaca yaasin beramai-ramai dengan tujuan merebut fadilat malam Nisfu Syaaban. Suatu amalan yang diwarisi secara turun temurun tanpa mempedulikan asal usulnya atau merujuk kepada sandarannya. Mereka memenuhi masa antara maghrib dan isya' dengan membaca surah Yaasin sebanyak tiga kali diselangi pula doa-doa memohon kesejahteraan, murah rezaki dan panjang umur. Menurut Dr. Yusuf al Qaradhawi, " Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam Nisfu Sya’ban, membaca doa tertentu dan mendirikan solat tertentu seperti yang kita lihat di sesetengah negara umat Islam. Bahkan di sesetengah negara, orang ramai berhimpun pada malam itu selepas solat Maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yassin dan mendirikan solat 2 rakaat dengan niat panjang umur dan dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia.

Apa ada pada jawatan?

Apa ada pada jawatan? Mungkin ada segelintir orang yang bertanyakan hal ini bahkan sememangnya ada. Mereka ini tidak menunjukkan sebarang minat untuk berebut jawatan malah ditawar pun terasa berat menerimanya. Kalau setakat nak buat kerja, ahli biasa pun boleh buat. Lagi senang, tak payah sakit-sakit kepala. Hakikatnya pada jawatan ada segalanya. Selain beban dan tanggungjawab, pada jawatan itu juga ada wang, harta, kuasa, pengaruh dan glamour. Tak kira di peringkat mana sekalipun, sehingga rumah Allah juga bisa menjadi medan berebut jawatan. Masakan tidak andai perebutan itu mendatangkan hasil lumayan seperti yang diimpikan. Ada jawatan, berkuasa kita. Atau dengan jawatan boleh mengumpul wang dan harta. 'Alah', gaji ketua kampung bukan banyak pun. Tak mengapa glamournya ada. Pergi ke mana orang pandang, orang layan. Kalau kenduri orang lain makan ambil sendiri, tapi kita makan berhidang. Banyak lagi sebenarnya nikmat berjawatan. Kita biasa mendengar cerita ulama silam terlalu

Hijau Kuning ke-3

Tahniah kepada pasukan bola sepak Hijau Kuning yang mengesahkan kedudukan selaku penghuni tempat ke-3 Liga Super musim ini selepas menewaskan pasukan Pulau Pinang 1-0. Walaupun pada permulaan musim persembahan pasukan Kedah agak goyah di samping beberapa kekalahan yang mengejutkan seperti kekalahan kepada Johor FC dengan 1-5 dan ternyata meresahkan penyokong. Namun keputusan malam ini diharap dapat mengembalikan kepercayaan penyokong untuk melihat Kedah kembali bangkit dan mempertahankan Piala Malaysia yang telah dimenanginya dua musim berturut-turut.