Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2009

Tak kisah atau suka

Satu hari di bilik guru. Suasana riuh dengan perbincangan non formalnya. Cikgu Salmah : Suami saya tak kisah pun kalau saya tak masak. Bukan saja hari sekolah, hari cuti pun macam tu juga. Beli bungkus saja. Tapi sesekali kena la masak. Cikgu Aini : Suami saya pun. Ajak makan kat keluar tiap-tiap malam pun dia tak kata apa. Sambil cikgu-cikgu lain menyahut dengan nada yang hampir sama. Masing-masing memuji sikap tidak kisah suami mengenai makan minum di rumah. Inilah sikap terpuji isteri mithali yang melihat kebaikan pada suaminya sahaja. Seorang isteri atau suami wajar melihat pasangan merekalah yang terbaik sebagai tanda bersyukur di atas kurniaan Allah dalam urusan jodoh mereka. Cikgu Hamzah : Suami cikgu-cikgu tu tak kisah ka atau memang mereka suka? Tak kisah makan kat luar atau memang suka makan kat luar. Tak kisah cikgu tak masak atau memang suka kalau cikgu tak masak. Bilik guru kembali sepi. Masing-masing bermuhasabah. Dengan rasa bersalah Cikgu Hamzah perlahan meninggalkan bi

Serabut (sebuah sajak yang TAK PATUT dibaca)

Apa dah jadi kat Perak Apa jadi pula di Selangor Apa cerita di Bukit Gantang Bukit Selambau tau tau jadi kacau Alamak! Itu kawasan aku Mujur aku tak mengundi di situ Kalau tidak Mampus aku keliru Calon bebas berbelas-belas Ehh…. ehh…. Kedah selamatkah?? Tak tau……… tak tau…………. tak tau………. Pergi jahanam dengan politik hangpa Kami bagi hangpa kerusi Hangpa buat jual beli Orang bagi hangpa kuasa Tak cukup sikit hak orang lain pun hangpa nak belasah juga Dah dapat jawatan Buat perangai serupa SETAN Ingat tak berdosa ka!!! Hari-hari hangpa jamu kami Segala macam fitnah Maki hamun tak henti-henti Kami tadah telinga Kami beliak biji mata Tengok hangpa dok berkelahi Hangpa buat kami macam tak ada hati dan nurani Ingat tak berdosa ka!!! Hangpa memang tak ingat Tuhan Ingat dosa pahala dalam sembahyang saja??? Dalam kehidupan hangpa jadi tak ketahuan Asalkan dapat apa yang hangpa dok berangan Hemmm………. Habih dah la Lega boleh lepas perasaan Abu Anwar al-Alifi 9.30 malam 24hb. Februari 2009

Murtad: Patutkah dihebohkan?

“ Paderi masuk Islam dia cerita. Ramai orang Islam yang murtad tak cerita pun .” Kata kawan saya yang juga seorang Ustaz J-QAF. Dia terbaca berita dalam satu ruangan akhbar Utusan Malaysia mengenai seorang paderi di Rusia yang memeluk Islam. Ini satu lagi contoh orang yang suka meletakkan Islam sebagai agama yang dilanda masalah. Tentu ramai yang masih ingat hebohnya berita puluhan ribu orang Islam di Malaysia yang telah murtad. Dan tentu ramai yang masih ingat siapakah yang mengetuai pendedahan berita yang sampai hari ini masih belum disahkan. Kalau perlu diingatkan, beliaulah Mufti Perak. Sehingga timbul polemik bila Mufti Perlis ketika itu mempertikaikan kesahihannya. Apa lagi, Mufti Perlis disembur bermacam kata nista. Bukan senang nak tuduh orang murtad. Bukan senang juga nak isytiharkan seseorang itu murtad. Melainkan orang itu sendiri mengisytiharkan dirinya murtad. Dan sudah tentu bukan senang nak memastikan jumlah orang yang murtad sebenarnya. Dari manakah sumber yang mengatak

Derhaka Tun Perak

Murka sungguh Sultan hari itu. Laksamana kesayangan telah berbuat onar di istana. Pantas hukuman dijatuhkan. Hang Tuah mesti dibunuh. Kesalahannya bukan kecil. Kepada Tun Perak, tanggungjawab diserahkan buat mencuci arang yang terconteng. Kesetiaan Hang Tuah terserlah. Tidak membantah bahkan menyerah. Tidak hiba malah berbangga. Sedia menjadi korban demi kesetiaan. Hang Tuah dibawa Tun Perak ke tempat hukuman. Kebencian Sultan benar membara. Tiada lagi pada Baginda simpati dan kasihan. Rupanya Tun Perak ada rancangan. Hang Tuah tidak dibunuh tetapi disembunyikan. Tun Perak dah ingkar perintah Sultan. Tun Perak menderhaka kerana tak ikut arahan. Hang Tuah disembunyi tanpa pengetahuan Sultan. Tun Perak yakin padanya kebenaran. Hang Tuah mangsa pembesar berhati setan. Dengkikan Hang Tuah fitnah dilontarkan. Tun Perak ke istana menyampai khabar. Sultan senyum melebar. Lagi lebar senyumnya musuh sebenar. Tindakan Tun Perak dikatakan bijaksana. Inilah seperti yang kita baca dalam buku dan di

SPR jadi biro dalam UMNO

Sahih! SPR dah jadi kuda UMNO. Tak payah mengaku dan tak payah nafi. Semuanya terang benderang. SPR dah tak ada maruah lagi. Rela ditunggang UMNO. Atau memang jenis muka tak tau malu. Apa ke 'jadah' nya nak tunggu Perhimpunan Agung UMNO baru nak buat pilihanraya. Apa kena mengena SPR dengan perhimpunan UMNO tu. Pemilihan UMNO pun SPR terlibat sama ka? Mana tau, sibuk nak uruskan pemilihan dalam UMNO kemudian nak uruskan pilihanraya kecil pula. Tak patut sangat. Kalau macam ni tukarkan saja SPR jadi biro pilihanraya UMNO. Selepas ini jawatan pengerusi SPR dipilih dalam Perhimpunan Agung UMNO. Pengerusi yang ada sekarang pun kita cadangkan supaya dia isytiharkan diri sebagai ahli UMNO dan bekerja untuk UMNO. Atau bekerja untuk Najib.

Petang yang tenang

Sementara suasana politik di luar sana sangat caca merba, saya mengalih perhatian dengan melatih dan membentuk pasukan bola sepak sekolah. Dengan bantuan Cikgu Z ( adiknya salah seorang finalist Gadis Melayu ) kami berjaya mengesan 16 pemain yang bakal menggalas cabaran. Tujuan asalnya sekadar melayan pelawaan teman lama untuk berlawan secara persahabatan dengan sekolahnya. Dalam masa beberapa hari pasukan siap dibentuk secara ala kadar. Dengan matlamat "asal jangan malu sudahlah", kami bakal mengharung perlawanan yang dijadual berlangsung petang esok. Paling penting matlamat untuk enjoy dah tercapai. Benar-benar terasa leganya. Tak sanggup rasanya mengikuti perkembagan semasa yang berlaku. Benar-benar menyesakkan dada. Tidak cukup dengan tekanan kerja sebelah siang, malamnya bengang pula dengan sikap segelintir pemain-pemain politik tanah air yang tak sudah-sudah bercakaran. Petang ini hati yang sakit menjadi tenang. Tenang melihat riuh di padang.

Hang Tua VS Hang Hebat

Hang Tua : Hei Hebat, turun kau! Hang Hebat : Kau Tua? Apa kau buat kat sini? Setahu aku kau sudah dibuang oleh rakyat yang meluat dengan tingkahmu. Hang Tua : Ya, aku datang Hebat. Aku datang bawa perintah Baginda Sultan. Hang Hebat : Perintah apa? Hang Tua : Baginda Sultan menitahkan kau supaya mengosongkan pejabat mu. Hang Hebat : Masakan boleh Tua. Kedudukan aku di sini adalah amanah rakyat. Rakyat mahu aku kekal di sini. Kau lihat di belakang sana. Jutaan rakyat terus-terusan menyokong aku. Kalau kau rampas juga bermakna kau menzalimi rakyat. Kau zalim Tua. Hang Tua : Aku peduli apa. Ini titah Sultan. Mana lebih penting kuasa rakyat atau kuasa Sultan. Ha! Ha! Ha! Hang Hebat : Tidak sama sekali. Tetap ku pertahankan kerana ini satu AMANAH. Hang Tua : Kalau kau tak mau keluar, aku akan masuk. Wahai khadam berbaju merah, bersedialah untuk merempuh masuk. Khadam berbaju merah : Kami bersedia!!! Dengan ganasnya Hang Tua dan khadam berbaju merah merempuh benteng yang dibina dari tubuh r

Hari itu

Sejak hari itu, perasaan saya benar-benar kacau. Sakit hati, geram, marah, sedih, geli geleman silih berganti. Bercampur baur. Di hadapan orang ramai, saya menahan diri daripada bercakap. Hampir tiada komen dari saya sedang teman-teman lain rancak mengulas. Segalanya saya pendamkan saja di hati. Bimbang gagal mengawal perasaan, meja di depan pula jadi mangsa. Takut juga kalau tersalah cakap, bakal mengundang fitnah. Namun di sebaliknya tetap ada hikmah. Hati orang-orang beriman tidak akan leka dari mengingati Allah lewat cubaan yang menimpa. Kita hanya mampu menaruh harap dan catatan takdirlah yang pada akhirnya akan menentukan segalanya.

Panasnya bersukan

Panas! Memang panas. Ini bukan panas politik di Perak, tetapi panasnya cuaca. Bahangnya mencucuk-cucuk kepala. Kering. Daun-daun getah bertaburan di jalanan. Sebatang sungai yang merentang jalan ke sekolah jadi kering airnya. Cukup mentafsirkan suasana panas yang dihadapi. Seorang guru yang kerjanya di bilik darjah tanpa penghawa dingin bermandi peluh seharian. Petang pula di tengah padang tanpa bumbung pelindung. Walaupun jam sudah 5 petang, matahari masih terasa seperti di atas kepala. Kalau tak kuat mahu pengsan dibuatnya. Terbaru arahan diterima supaya semua aktiviti permainan dan sukan sama ada peringkat sekolah, zon, daerah atau negeri dilaksanakan pada waktu petang. Lagi tambah panas!!! Bayangkanlah perlawanan bola sepak bermula jam 2.00 petang dan berakhir jam 7. Kalau tak sempat habis, di sambung pada keesokan harinya pada waktu yang sama. Bukan bola sepak sahaja tapi semua jenis permainan. Awal-awal lagi saya sudah surrender . Menarik diri dari kejohanan bola sepak peringkat

Panjangnya doa khutbah

" Doa apa yang sepatutnya dibaca dalam khutbah kedua ?" Tanya seorang teman. " Minta diampunkan seluruh kaum muslimin dan muslimat ." Pertanyaan dijawab. Ada hadis mengenainya. Riwayat dari Samurah bin Jundub, أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يستغفر للمؤمنين والمؤمنات كل جمعة Maksudnya, Nabi biasa memohon keampunan bagi Mukminin dan Mukminat pada setiap kali Jumaat. (Riwayat Bazzar) Tapi sanad hadis ini lemah. Disisi Mazhab Syafie ia dijadikan rukun khutbah. " Kalau setakat minta ampun saja, sebab apa panjang sangat ." Tanya dia lagi. Bab tu susah nak cakap. Ini memang dah perangai orang kita. Benda yang tak ada, diada-adakan, benda yang sikit diperbanyakkan. Dimasukkan juga doa supaya kekalkan kerajaan yang memerintah dan sebagainya. Itu belum lagi doa untuk Palestin. Bila khatib baca doa untuk Palestin, jamaah dah jadi bersemangat. Angkat tangan tinggi-tinggi dan aminkan kuat-kuat. Itu makruh sebenarnya. Imam Syafie suruh doakan keampunan muslimin dan mus