Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2009

Alternatifnya apa?

Mudahnya orang kita bila bercakap. Seperti kata Khalid Jaafar dalam blognya, 'Melayu yang emo'. " Boikot Tesco ." Penuh emosi " Habis nak beli barang kat mana? Kat Tesco tu nak beli barang apa pun mudah dapat ." Minta penjelasan. " Ala banyak kedai 'orang kita'. Beli la kat situ ." Berapa banyak kedai 'orang kita' yang ada. Di kebanyakan tempat, nisbah 1:5. Satu kedai 'orang kita', lima tu............ faham sajalah. Itu belum lagi cerita kedai 'orang kita' yang kena gulung tikar. Asal nak mula berniaga, mulalah orang dengki, kena tuduh bela hantu raya dan tabiat buku tiga lima(buku hutang). Siapa yang buat semua tu? 'Orang kita' juga. " Kalau semua pakat boikot, Tesco tutup kedai. 'Orang kita' yang kerja kat situ nak pi kerja kat mana ?" Tak puas hati lagi. " Bumi Allah ni kan luas. Rezeki ada kat mana-mana ." Mudahnya. Di sana sini cerita kilang tutup, kena buang kerja, pekerja d

Tabik Erdogan

PM Turki, Recep Tayyip Erdogan wajar dijulang wira semasa umat Islam lewat ucapannya membela umat Islam ketika menghadiri Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland. Kita perlukan lebih ramai lagi pemimpin negara Islam yang seberaninya. Sikap hadirin yang terdiri dari elit politik dan perniagaan yang memberi tepukan menyokong ucapan Peres menunjukkan Israel tidak berseorangan dalam misi ketenteraannya ke atas Palestin. Sebagai balasannya, golongan elit umat Islam juga perlu bangkit menunjukkan bantahan. Erdogan sudah memulakan.

Alahai Batu 2

Saya baru pulang dari Mesyuarat Agung PAS Cawangan Batu Dua yang sepatutnya diadakan malam ini. Secara bergurau saya katakan malam ini adalah malam terakhir saya sebagai Setiausaha. Pasti ada saingan sengit merebut jawatan penting. Kedudukan Ketua cawangan pun belum tentu selamat. AJK sesi lalu akan diasak berbagai persoalan oleh ahli cawangan. Perubahan akan berlaku. Cawangan Batu Dua tidak lagi lesu seperti tahun-tahun lepas memandangkan PAS sudah memegang tampuk kuasa, mungkin ramai yang berhajat untuk keluar dari tempat persembunyian dan menawarkan diri untuk berkhidmat. Orang-orang lama macam kami ni mungkin disuruh berehat. Kalau itu yang terjadi, saya bersyukur. Sememangnya dah lama saya berhasrat menyerahkan jawatan yang ' bergaji lumayan' ini kepada muka baru. Bersama minit mesyuarat dan laporan aktiviti saya melangkah masuk ke markas cawangan. Sepi, tak ada orang ( kalau dah sepi tu, memang tak ada orang lah ). Jam dah hampir 9.30 malam. Seketika saya bersembang deng

Sunnah 'jibillah'

Tulisan ini merujuk kepada kes seorang pelajar sekolah pondok yang dipenjarakan selama dua hari setelah didapati bersalah oleh mahkamah kerana menunggang motosikal dengan berserban. Timbul polemik sama ada mewajarkan atau tidak tindakan pelajar tersebut dan perintah mahkamah. Saya baru terbacanya di blog penarik beca . Panas! Walaupun terlambat tapi nak juga bagi respon. Pakaian dan seni yang berkaitan dengan bangsa Arab jika dilakukan oleh Rasullullah, dikategorikan sebagai sunnah jibillah atau sunnah 'adah (adat) iaitu perjalanan hidup Baginda disebabkan faktor keinsanan dan kearaban Baginda. Maksudnya jika Baginda tidak dipilih sebagai Nabi dan Rasul pun Baginda tetap mengamalkannya. Contohnya, memakai jubah dan serban, suka makan labu dan daging kambing khususnya di bahagian paha. Perkara-perkara ini telah diamalkan dan menjadi kesukaan Baginda sebelum dilantik menjadi Rasul lagi. Golongan musyrikin pun melakukan perkara yang sama atas faktor mereka adalah bangsa Arab. Selagi

Maksud makar

Seorang ahli majlis kerajaan tempatan berucap dalam satu majlis bersama penduduk sebuah kampung mengenai beberapa projek pembangunan. Majlis katanya sudah merencanakan beberapa pelan dan menunggu masa untuk dilaksanakan. Insya Allah, segala perancangan akan dijalankan mengikut jadual. Bagi mengingatkan bahawa segalanya juga bergantung dengan izin Allah, dibacanya ayat " wamakaru wamakarallah wallahu khairul maakirin ". Kemudian maksudnya disebut sebagai "dan mereka merancang dan Allah juga merancang dan Allah adalah sebaik-baik perancang." Usahanya meyakinkan orang ramai akan kuasa Allah dengan berdalilkan al-Quran adalah sangat dipuji. Malangnya ayat itu di'kod' secara salah. 'Makar' ( makaru ) dalam ayat di atas sebenarnya bermaksud tipu daya atau rancangan jahat. Pengertian yang tepatnya ialah, "…. dan mereka merancang tipu daya, Allah juga merancang tipu daya dan Allah adalah sebaik-baik perancang tipu daya ". Justeru ayat ini bertujuan

Melepas dan terlepas

Selepas hilang kerusi di Kuala Terengganu, kini kerusi di Bota pula terlepas. Bezanya satu kerusi Parlimen, satu kerusi DUN. Satu kerusi di Terengganu, satu kerusi di Perak. Itu yang berbeza. Persamaannya, kedua-duanya dah buat UMNO sesak nafas. Persamaannya lagi kedua-dua asalnya kerusi UMNO. Satu melepas satu lagi terlepas. Melepas selepas kalah pilihanraya. Terlepas pula kerana wakilnya kata " good bye UMNO". # Teringat dulu, mantan MB Perak kata ada ADUN PR yang nak melompat parti. BN akan kembali bentuk kerajaan di Perak. Dia silap tengok kut.

Ada yang lebih memerlukan.

Jumaat lepas saya bersolat di Masjid Sultan Muzaffar Syah, Sungai Petani. Bagi para jamaah yang perihatin ke atas nasib saudara mereka di Palestin, pihak masjid menyediakan dua tabung sebagai saluran menyumbang. Setiap satunya diletakkan di pintu masuk arah tepi dan belakang yang menghadap ke Jalan Kolam Air. Alhamdulillah, saya tidak ketinggalan dengan harapan sumbangan yang tidak seberapa dapat meringankan beban saudara seiman yang berjuang menentang musuh Allah dan musuh Islam. Pada hari itu juga sebelum bilal melaungkan azan ada satu pengumuman telah dibuat. Satu kecurian telah berlaku pada minggu sebelumnya melibatkan tabung bantuan rakyat Palestin. Salah satu tabung yang diletakkan di bahagian pintu masuk belakang telah dicuri. Rupa-rupanya ada manusia di Sungai Petani yang lebih memerlukan dari rakyat Palestin. Entah derita apa yang ditanggung sehingga merasakan mereka lebih layak menerima sumbangan itu.

Mazhab Syafi'e atau mazhab masyarakat

"Assalamua'laikum warahmatullah." "Assalamua'laikum warahmatullah ." Ustaz Zarin baru menyelesaikan solat sunat ba'diah Isyaknya. Seketika Ustaz Zarin mengisi masanya dengan berzikir. Mulutnya terkumat-kamit melafazkan zikir tanpa mengeraskan suara seperti kelazimannya. Kerana zikirnya yang perlahan juga dia sering disisih dari menjadi imam solat jamaah biarpun bacaannya mengatasi imam-imam lain. Namun Ustaz Zarin tetap kejap dengan pendiriannya yang didasari kepada firman Allah dalam surah al- A'raf ayat 205 yang bermaksud, " dan sebutlah Tuhanmu di dalam dirimu dengan cara merendahkan diri dan takut kepadaNya tanpa mengeraskan suara di waktu pagi dan petang ....." " Ustaz, maaflah saya nak tegur sikit ." Tiba-tiba Ustaz Zarin perasan yang seseorang berada di sebelahnya. " Ooo, tuan haji rupanya ." Begitulah Ustaz Zarin berbahasa dengan Haji Sahar iaitu Penasihat surau al-Huda yang selama ini melantik dirinya sendiri s

Belasungkawa as-Syahid Syaikh Said Shiam

Inilah foto Syaikh Said Shiam yang syahid digempur bersama anak dan enam saudaranya oleh F16 Israel petang 15 Januari. Ketika itu, beliau sedang berada di rumah saudaranya di Yarmuk Gaza City. Paling kurang tiga sanak saudara dan 30 yang lain meninggal dalam peristiwa tersebut. As-Syahid ialah Menteri Dalam negeri Palestin, pimpinan Ismael Haneya. Baca selanjutnya disini .

Tak ada tajuk besar

Hanya kolum kecil saja di akhbar-akhbar utama menyiarkan keputusan PRK P036 KT atau lebih tepatnya berita kemenangan calon PAS. Tak pelikkan? Memang macam tu perangai ' depa' . Tak berubah. Menyampah. Berita di Gaza yang menjadi topik utama. Memang patut pun sebab peristiwa di sana menjadi perhatian dunia. Tapi saya yakin, kalau BN yang menang berita besarnya tentulah "BN Menang di KT" atau "BN Menang Bergaya" atau "Kemenangan BN Sudah Dijangka" atau "Bukti Rakyat Sokong BN". Pendek kata, penuhlah muka depan dengan cerita BN menang.

PAS menang di P36

Allahu Akbar!!! Tak tercakap. Hanya tasbih, tahmid dan takbir mengiringi keputusan rasmi yang diperolehi melalui Astro Awani. PAS: 32883 BN: 30252 Bebas: 193 Majoriti: 2631 Beberapa pengulas undangan meletakkan punca kekalahan ke atas faktor calon. Suhaimi Sulaiman pun kata macam tu. Memang pun. Kalau tidak, RTM dan TV3 tak lah terhegeh-hegeh menonjolkan kemuliaan peribadi calon BN. Tolong pasang butang baju, angkat orang sakit bawa pergi hospital, main dam dengan rakyat dan macam-macam lagi kerja yang menggelikan hati. Tak cukup kalau nak salahkan Wan Farid saja. RTM dan TV3 pun salah juga.

UMNO+MCA+MIC=BN=Tolak hudud

Tergamak UMNO menggunakan hudud untuk memerangkap PAS. Sepatutnya dalam isu ini kedua-dua parti bersatu suara bagi memastikan tertegaknya sebahagin daripada syariat Allah ini. Walaupun hudud bukanlah priority yang perlu didahulukan berdasarkan situasi semasa, namun usaha-usaha perlu dilakukan kearah perlaksanaannya. Malangnya setelah 50 tahun diamanahkan memerintah negara, UMNO langsung tidak menunjukkan minat. Sebaliknya bila PAS dengan kuasa yang diperolehi di Kelantan dan Terengganu cuba menguatkuasakannya, UMNO dengan angkuh dan sombong menggunakan perlembagaan persekutuan menggagalkannya. Terbaru, UMNO menggunakan sekutunya dalam BN menekan DAP yang menjadi sekutu PAS dalam PR untuk menyatakan pendirian mereka tentang hudud. Dalam hal ini, sudah terang lagi bersuluh UMNO dan MCA bersatu menolak hudud. Kita berbangga dengan ketegasan PAS mempertahankan hudud biarpun ada tekanan. Dan kita sangat kecewa UMNO yang menjadi tulang belakang kerajaan hari ini sangat bacul dan tunduk kepa

Memenuhi kehendak(Iradah) Allah.

Berdasarkan buku teks Pendidikan Islam Tahun 5, maksud Iradah dijelaskan sebagai Allah berkehendak melakukan semua perkara tanpa terikat dengan sesuatu. Dalil kepada sifat Iradah diambil dari ayat 16 surah al-Buruj yang bermaksud " Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendaki-NYA " Hujan, panas, peredaran planet malahan gempa bumi dan tsunami semuanya berlaku dengan kehendak Allah. Kejadian-kejadian tersebut juga menggambarkan betapa patuhnya makhluk-makhluk Allah tersebut melaksanakan kehendak Khaliqnya. Begitulah penerangan yang sepatutnya. Bukan dengan membandingkan kehendak manusia dengan kehendak Allah seperti yang terkandung dalam buku teks, sebaliknya membandingkan kepatuhan manusia dalam melaksanakan perintah dan kehendak Allah dengan kepatuhan makhluk Allah yang lain. Perlu ditekankan juga berbanding manusia yang terlalu kerdil, makhluk-makhluk tersebut juga lebih besar dan hebat penciptaannya. Panas yang membahang, hujan yang mencurah bumi, matahari yang terbit dar

Lihatlah kekejaman mereka

Gambar-gambar di bawah sengaja saya sogokkan untuk membangkitkan kemarahan umat Islam ke atas Zionis laknatullah. Selain menerbitkan perasaan simpati serta berfikir apa lagi yang belum kita lakukan untuk saudara-saudara kita di Gaza, Palestin. Kita nilai sikap kita. Umat Islam Palestin dimuliakan Allah dengan segala bentuk mehnah , jihad dan syahid. Kita pula dihina Allah dengan sikap pengecut, bakhil, tidak mengambil peduli dan berdiam diri. Masihkah kita mampu tersenyum? Lakukanlah apa yang terdaya. Sekurang-kurangnya iringi mereka dengan doa dan dan qunut nazilah.

Kerajaan Mesir pun sama jahat

Kezaliman Israel dan Amerika memang diketahui umum. Seluruh dunia sedang menyatakan kebencian mereka. Tapi jangan lupa ada lagi negara yang secara terang-terangan bersekongkol dengan kedua-dua negara kuffar itu menindas rakyat Palestin dalam keganasan terbaru Israel. Paling malang dan sedihnya negara itu ialah negara umat Islam. Di negara tersebut juga terdapat universiti Islam yang tersohor di dunia. Negara itu ialah Mesir. Negara yang rela menjadi hamba Amerika ini telah menutup pintu sempadannya dan menghalang bekalan ubatan dan makanan sampai ke Palestin. Setakat ini kita hanya menumpukan bantahan terhadap Amerika sahaja. Terbaru bakal diadakan pada hari Jumaat ini di hadapan Kedutaan Amerika seperti yang dilaporkan Harakah . Dewan Pemuda setiap negeri pula diminta menyediakan sepanduk mengecam Amerika dan Israel. Sebaliknya kita melupai atau mungkin juga tidak menyedari kejahatan Mesir. Dalam demo yang saya sertai minggu lepas di Sungai Petani, tiada seorang pun pemidato yang beru

Tak buat apa lagi....

Keadaan di Palestin masih belum tenteram. Itulah berita yang hinggap di cuping telinga. Dan sememangnya tak pernah aman di sana. Dua tiga hari ini pula saya jarang membaca dan mendengar berita. Nak kata sibuk sangat pun, tak juga. Selepas ikut berdemontrasi hari itu, tiada lagi sumbangan buat saudara-saudara di Palestin. Itupun kalau demo itu boleh dikira sebagai sumbangan. Nak menderma, tak berjumpa lagi dengan pihak yang berkenaan. Macam mana nak berjumpa? Balik dari kerja terus lepak kat rumah. Tunggu kalau-kalau imam solat jamaah baca qunut nazilah. Tidak juga. "Kita nak jadi imam dah depa tak bagi. " Takkan nak bersungut saja kut? Buatlah apa yang patut. "Bangun! Bangun! Bangun! Wahai umat Islam! Ingatkan mereka yang masih leka. Saudara kita di Palestin sedang diganyang Israel dengan bantuan syaitan Amerika. Boikot barangan Amerika. Berhenti merokok!!!" Itu saja yang boleh aku buat???

Cuti dah habis!!!

Esok sekolah mula di buka. Dah puas bercuti. Puaskah? Entahlah. Macam nak cuti lagi. Lagu mana pun esok kena pergi sekolah. Bermula perjuangan sesi 2009. Azam?? Emmh, macam selalu. Kerja sungguh-sungguh untuk kemajuan anak bangsa. Harap tahun ini ada sedikit peningkatan. Esok dah nak mula kerja. Awal-awal lagi dah diingatkan supaya P&P berjalan terus. Nanti ada pegawai dari JPN atau PPD datang memantau. Eeee takut tu kena ugut dengan Guru Besar. Opps, ex Guru Besar! Mulai esok dia dah pencen. Tak ada apa-apa persediaan lagi. Buku ringkasan dah ambil. Tapi tersilap ambil buku cikgu Pra Sekolah. Tapi tak apa. Pengalaman lepas-lepas setakat nak tulis ringkasan mengajar tu, sebelah tangan saja. Back to school !!! Dari zaman kanak-kanak sampai zaman kerja masih lagi di sekolah. Kepada teman-teman sejawat di seluruh negara, selamat menjalankan P&P. Nanti ada pula orang tanya, P&P tu apa. P&P tu pengajaran dan pembelajaran.

Rindu kakak

Hari ini Azrina(kakak) mendaftar diri ke Tingkatan Satu di Maktab Mahmud cawangan Pokok Sena. Sehari suntuk saya di sana menguruskan pendaftarannya. Dah remaja pun kakak. Bermakna saya juga dinaikkan pangkat sebagai bapa kepada anak remaja. Hari ini juga kami dipisahkan dengan kakak oleh tuntutan untuk mendapatkan pelajaran yang terbaik buat dirinya. Sebak juga saya ketika beransur meninggalkan kakak yang bakal menempuh alam baru sebagai penghuni asrama. Maklumlah selama dua belas tahun kakak tak pernah jauh dari saya. Siang, malam, pagi dan petang berada di depan mata. Cuma sesekali kalau kakak bermalam di rumah datuknya atau mengikuti program sekolahnya. Tapi kakak yang saya lihat begitu bersemangat. Tiada riak sedih. Tapi dalam hatinya, tak tahulah. Saya tak henti berdoa semoga dia sihat, selamat, dilindungi Allah dan dapat menyesuaikan diri. Tak lupa saya berdoa agar saya juga dapat menyesuaikan diri. Rindu pula rasanya. Tak sabar menunggu Sabtu depan untuk lawatan.

Demo di Sungai Petani

Suara protes mengecam keganasan regim Zionis ke atas umat Islam Palestin berlaku di mana-mana. Bukan sahaja orang Islam bahkan turut melibatkan orang bukan Islam dari seluruh dunia atas nama kemanusiaan. Kami di Sungai Petani juga tidak ketinggalan. Selain kecaman dan kutukan tidak lupa mendoakan kesejahteraan umat Islam di Palestin khususnya dan seluruh dunia amnya. Cuma yang tak enaknya, bila diseru supaya memboikot barangan keluaran Amerika, KFC saja yang orang nampak. Rokok macam mana? Ada beberapa peserta yang tanpa segan silu mengebam batang rokok ketika mulut mencaci zionis.