Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2008

Sukarelawan membanteras jenayah sosial

" OPERASI MENANGANI GEJALA JENAYAH SOSIAL>Setiap PAS cawangan diminta hantar 4-5 orang sukarelawan ke Masjid Muzafar Shah jam 3.30 ptg ESOK@AHAD utk Taklimat oleh Ust. Kamarudin " Semalam saya menerima satu sms yang catatannya seperti di atas. Sebagai Setiausaha cawangan saya menjalankan kewajipan memaklumkan kepada rakan-rakan lain. Cuma saya sendiri agak skeptik dan belum pasti untuk hadir. Tambahan lagi sakit di bahagian rahang masih terasa. Sebarang usaha membasmi gejala sosial harus mendapat ujian. Cuma kaedahnya mesti diperkemaskan supaya tidak timbul sebarang masalah lebih-lebih lagi berkaitan dengan perundangan. Pernah berlaku di satu kawasan perumahan di Sungai Petani kira-kira 10 tahun yang lalu. Sekumpulan jemaah masjid/surau bertindak menangkap pasangan yang disyaki berkhalwat. Kebetulan si lelakinya adalah seorang pegawai polis. Malangnya semasa serbuan dilakukan, salah seorang dari mereka ditembak mati oleh pegawai polis yang cuba ditangkap itu. Dalam perbi

Takziah

Sebagai salah seorang warga Kementerian Pelajaran Malaysia saya merakamkan ucapan takziah di atas kembalinya ke rahmatullah Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Razali Ismail kira-kira jam 6.30 petang tadi. Sesungguhnya ada kenangan antara saya dan Allahyarham. Beliau merupakan Timbalan Pengetua Maktab Perguruan Kota Bharu ketika saya mengikuti kursus perguruan di sana pada sesi 1993/95. Saya sempat bersamanya lebih kurang 2 semester. Beliau meninggalkan banyak kenangan kepada guru pelatih MPKB. Namanya disebut selepas beliau meninggalkan MPKB. Sering dalam ucapannya beliau menggalakkan guru pelatih supaya banyak membaca. Jasanya yang paling saya ingat bila beliau meningkatkan prasarana surau maktab dan menggalakkan guru pelatih solat zuhur berjamaah sebelum pulang. Selepas meninggalkan Maktab Perguruan Kota Bharu, beliau menjadi Pengetua maktab perguruan di Terengganu. Kemudian dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pendidikan Terengganu sebelum menjadi Pengarah Bahagian Pendidikan G

PAS dan UMNO tak boleh bersaudara?

Ada sebilangan ahli PAS di Kedah yang kurang senang dengan kenyataan YAB Ustaz Azizan bahawa PAS dan UMNO di Kedah seperti adik beradik. Kenyataan yang menggambarkan adanya hubungan mesra antara kerajaan dan pembangkang rupanya tidak mendapat restu sejumlah kecil ahli. Kenapa? Entahlah. Mungkin kerana dendam. Atau mungkin kerana merasakan PAS lebih Islam dari UMNO. Sesuatu yang tidak dapat disangkal terdapat ahli yang ekstrem menghukum ahli UMNO sebagai fasiq malah lebih dahsyat sebagai munafiq. Ada yang mufaraqah dari solat jamaah kerana Imamnya penyokong UMNO. Tak suka tengok Ustaz Azizan bersalam dengan Mahadir Khalid. Tak suka kalau orang UMNO terlibat dengan program-program kerajaan negeri. Tak suka Othman Aziz yang UMNO jadi Pengurus Pasukan Bolasepak Kedah. Tak suka itu! Tak suka ini! Tapi depa lupa, ada ahli PAS yang adik beradiknya memang UMNO. Ada ahli yang ibubapanya UMNO. Ada juga ahli yang anaknya pula UMNO ( calon BN Pantai Merdeka, maknya ahli PAS ). Apa kita nak hukum?

Keganasan: Siapa yang memulakan?

Tiga pengebom Bali baru selesai menjalani hukuman mereka. Biar apa pun persepsi umat mentafsirkan tindakan mereka, jelasnya ia bertitik tolak dari rasa tidak puas hati terhadap layanan yang diterima oleh umat Islam seluruh dunia. Di sebalik tindakan yang dianggap keganasan oleh sesetengah pihak dan jihad oleh pihak yang lain, ia lahir dari sikap anti kezaliman Barat yang memusuhi Islam. Semalam, dunia dikejutkan pula dengan pengeboman di Mumbai. Sekali lagi ia dikaitkan dengan orang Islam apabila kumpulan Mujahideen Deccan mengaku bertanggungjawab. Isunya tetap sama. Penindasan, layanan berat seberat dan pencabulan hak ke atas golongan yang menjadi minoriti menjangkaui masa berabad sejak pemerintahan Kesultanan Moghul beralih ke tangan raja-raja Hindu. Sekian lama umat Islam di India menuntut supaya dilayan sama rata mengambil kira mereka sebagai penduduk asal dan warganegara India. Namun segalanya diketepikan kerana faktor agama. Selama ini dunia menutup mata terhadap penindasan peme

Nak sakit pun kena ada ilmu

Sejak tiga hari yang lepas, rahang saya sebelah kiri tiba-tiba sakit. Sakitnya turut terasa di bahagian-bahagian yang ber jiran seperti gusi dan gigi geraham. Menurut kata doktor, ia akibat urat saraf rahang menjadi kejang. Fenomena biasa, katanya. Tapi sakitnya, masya Allah ! Tuhan saja yang mengetahui. Kalau tidak kerana malu pada anak-anak, mahu saja saya menggelupur dan berguling-guling di depan rumah. Apa tidaknya. Rahang, gusi dan gigi berasa sakit serentak. Makan ubat tahan sakit pun, tak jadi apa. Dalam masa sehari saja saya menghabiskan sepaket ubat tahan sakit yang berjumlah lima biji selain ubat-ubat yang dibekalkan doktor dimakan mengikut arahan. Rupa-rupanya saya dah buat satu kesilapan ketika menelan ubat tahan sakit. Silapnya saya menelan ubat semasa perut kosong. Tapi, nak makan macam mana? Nak mengunyah pun bermasalah. Akhirnya saya diberitahu kalau nak makan ubat tahan sakit mesti makan dahulu. Kalau tidak dia hanya menambahkan sakit bukannya menghilangkan rasa sak

Shah Rukh tak kisah

Kecewanya rakyat Melaka bila aktor pujaan mereka, Shah Rukh Khan (SRK) tidak hadir untuk menerima darjah kebesaran dari Yang Di Pertuan Negeri. Teringin benar mereka nak panggil pelakon kesayangan mereka itu Datuk Shah. Memang melampau SRK ni. Orang dah nak bagi bintang pun tak mau datang. Memang tak pandai hargai kebaikan orang. Dia tak tau ka, orang kat sini berebut-rebut nak jadi Datuk. Dia pula buat endah tak endah saja. Lahabau a.k.a haprak betul! Patutkah dia bagi alasan sibuk. Orang lain pun sibuk juga. Dulu masa kerajaan Perak bagi anugerah Datuk kat pelakon Michelle Yeoh dari Hong Kong, dia bukan main hormat lagi. Kerja-kerjanya ditangguhkan sementara. Memang kita patut puji Datuk Michelle Yeoh ni. Sebab tu Pak Lah pegang bahu dia. Sebab hormat lah! Bukan sebab lain. TAPI................. Bila fikir-fikir balik, SRK tu teringin sangat ka dapat gelaran Datuk. Dia boleh buat apa dengan anugerah tu? Entah-entah orang kat sana beritahu Datuk tu sama dengan grandfather dalam bahas

'Dakwah bil hal' cara saya

Petang tadi saya dijemput seorang jiran berbangsa India menghadiri Hari Penyampaian Hadiah tadikanya. Tanpa berfikir panjang dan berdalih saya menerima jemputannya kerana melihatkan kesungguhan beliau yang hadir sendiri ke rumah saya. Saya turut diminta membacakan doa selamat dan menyampaikan ucapan ringkas dalam majlis tersebut. Saya berharap biarlah nanti ia menjadi salah satu daripada misi dakwah bil hal ke atas non Muslim khususnya di kalangan jiran saya. Dakwah yang membawa mesej bahawa umat Islam sangat menganjurkan toleransi tanpa membataskan kepada agama dan kaum. Selain membawa mesej bahawa umat Islam boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja untuk kepentingan bersama. Setidak-tidaknya ia dapat menghilangkan kesangsian dan sangkaan buruk golongan non Muslim ke atas orang-orang Islam. Sampainya di sana, saya dapati tadika milik jiran saya itu mempunyai jumlah murid yang kebanyakannya Melayu. Hanya terdapat 3 atau 4 orang murid India dan seorang murid dari kaum Thai. Pada pandanga

Menarik di hari ke-3 Sidang DUN Kedah

Keletihan semalam dan kesibukan sepanjang hari ini membataskan masa saya bagi mengemaskini posting terbaru khusus berkaitan sidang DUN Kedah di hari terakhirnya. Namun saya masih berselera untuk berkongsi dengan pengunjung blog ini mengenai hal-hal yang menarik perhatian saya. Saya bukanlah pemberita untuk menceritakan semuanya bahkan pemberita pun tidak berbuat demikian. Lebih malang lagi, tabiat pemberita media perdana yang suka menulis berita palsu sehingga memesongkan orang ramai dari mendapat maklumat yang tepat. Contohnya dalam isu ladang babi di Bukit Selambau. Sedangkan hakikatnya ladang tersebut telah diluluskan pada Disember 2007 oleh kerajaan terdahulu. Justeru tulisan saya ini hanya mengenai perkara yang menarik perhatian saya sahaja. Antaranya, jawapan oleh beberapa EXCO dan Menteri Besar kepada beberapa persoalan, permintaan dan tuduhan yang ditimbulkan oleh wakil pembangkang ketika perbahasan. Perkara-perkara yang dibangkitkan wakil pembangkang seperti: YB ADUN Pedu (

ADUN BN hantar bola tanggung

YB. Datuk Md Bashah (BN-Bakar Bata) ketika berucap membahaskan Titah Ucapan DYMM Sultan Kedah dan Belanjawan 2009 kelmarin, antara lain mendakwa EXCO Pendidikan Kedah tidak pernah melawat sekolah-sekolah kebangsaan serta menengah dan menyifatkannya sebagai tidak menjalankan amanah dan 'bersedia menjawab di hadapan Allah' nanti. Nampaknya YB tidak peka dengan perkembangan terkini yang melarang ahli politik dari memasuki kawasan sekolah. Larangan tersebut pula datangnya dari kerajaan pusat yang diterajui parti BN atau secara khususnya dari Timbalan Menteri Pelajaran sendiri. Justeru saya berpendapat tindakan EXCO tidak turun ke sekolah-sekolah adalah satu tindakan sebagai menghormati arahan dari kerajaan pusat. Selain itu ia juga bagi mengelak pihak sekolah, PPD dan JPN dipersalahkan sekiranya pihak kementerian mengetahui EXCO mengadakan lawatan sama ada rasmi atau tidak rasmi. Sebaliknya kerajaan pusat yang tidak menghormati kerajaan negeri. Ini bukannya satu rahsia lagi. Selagi

Pemerhati Sidang DUN Kedah

Kelmarin saya berpeluang mengikuti perjalanan Sidang DUN Kedah yang telah memasuki hari ke-2. Sidang yang bermula pada hari Selasa dengan Titah Ucapan DYMM Sultan dan pembentangan bajet 2009 oleh YAB Menteri Besar dijadual berlangsung selama hari tiga hari. Pada pemerhatian saya, ahli-ahli YB yang mengambil bahagian sama ada mengemukakan soalan atau membahaskan titah ucapan DYMM Sultan dan Belanjawan 2009 telah dapat melaksanakan tugas mereka dengan baik. Kebijaksanaan YB Speaker dan Timbalannya mengendalikan perjalanan sidang memastikan sidang dapat berjalan dengan lancar. Ucapan-ucapan mereka juga disampaikan secara berhemah dengan memberi penekanan kepada hal-hal yang berkaitan rakyat dan negeri. Di samping itu, teguran dan cadangan juga dikemukakan dengan nada positif dan turut diterima positif oleh MB dan EXCOnya. Cuma sesekali timbulnya kata-kata berbentuk sindiran, gangguan, kesilapan fakta yang dikemukakan dan tuduhan sehingga wakil kerajaan meminta ' point of order' d

Perkara ghaib: Berpadalah dengan Quran dan Hadis

Beberapa hari yang lalu, heboh diperkatakan tentang penayangan video 'Sajak Kematian' yang ditayangkan kepada murid-murid Tahun Satu di sebuah sekolah. Tayangan tersebut menyebabkan komen tidak senang dari waris beberapa murid yang terlibat. Ia turut mendapat respon dari YB. Menteri Pelajaran dan Sahibus Samahah Mufti Perlis. Kedua-dua mereka jelas tidak bersetuju dengan pendekatan yang digunakan bahkan Mufti Perlis berpandangan ia boleh menjejaskan akidah kerana melibatkan perkara ghaib. Sementara itu, semalam akhbar Berita Harian menyiarkan pendedahan bekas Penasihat Undang-undang Al-Arqam mengenai pembikinan video tersebut yang didakwanya dilakukan oleh bekas pengikut pertubuhan yang diharamkan itu yang kini bernaung di bawah pertubuhan Rufaqa. Setakat ini saya belum menonton video yang dihebohkan ini. Bagaimana jalan ceritanya, tidaklah saya ketahui. Melalui akhbar saya mendapat tahu kandungan video tersebut mengenai seksaan terhadap mayat di alam barzakh. Sekadar berkongsi

Mereka boleh bersama

MCA, Gerakan dan DAP adalah parti politik yang mewakili kaum Cina di negara ini. Walaupun DAP dan Gerakan turut dianggotai kaum lain seperti India dan Melayu namun pendominasian kaum Cina ke atas jawatan-jawatan penting dalam parti-parti tersebut menjadikan mereka istimewa pada kaca mata kaum yang kedua terbesar di Malaysia. Ada pun MCA memang tidak disangkal lagi selaku parti kaum Cina secara total. Ironinya, mereka berlainan ideologi politik walaupun Gerakan dan MCA sama-sama menganggotai BN dan DAP selaku pembangkang tetapi dalam hal-hal menyangkuti kepentingan kaum Cina mereka boleh bersama. Malah suara orang Cina dalam PKR yang bersahabat baik dengan PAS turut sama menyumbang. Kepentingan 1 Apabila Ketua UMNO Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail mengeluarkan kenyataan mengenai status kaum Cina di negara ini menjelang Pilihanraya Kecil Permatang Pauh, beliau pantas dikecam DAP. Gerakan dan MCA melakukan tindakan yang sama. Masing-masing menyatakan rasa tidak puas hati dan minta supaya

UPSR bukan penamat

Keputusan UPSR sudah diumumkan. Ada yang gembira. Ketawa besar. Ada yang sekadar senyum. Tidak kurang juga yang muram dan murung. Menangis tu biasalah. Kerana gembira atau kerana berduka? Entahlah. Reaksi yang bermacam-macam dari murid dan waris yang sejak pagi menanti. Guru-guru sibuk menyediakan analisa. Di samping turut menerima ucapan penghargaan dan terima kasih dari waris murid yang perihatin. Kepada yang lulus cemerlang, mungkin sedang jenuh menerima ucapan tahniah. Bolehlah pasang angan-angan belajar di sekolah asrama penuh. Tetapi harus diingat, 5A bukan satu jaminan. Jangan terlalu mengharap kerana nanti mungkin suka berganti duka. Bagi yang kurang cemerlang, jangan terlalu kecewa. UPSR bukanlah kesudahan bagi sebuah cerita. Bukan juga penamat bagi satu perlumbaan. Jalan di hadapan masih luas terbentang. Sedia terhidang sebuah ceria bagi mereka yang tidak mudah berputus asa. Ayuh! Lupakan duka UPSR. Kejayaan menanti di hadapan. Mengenang kejadian tahun lepas, sampai ada

Terlunaskah tanggungjawab?

Seperti tahun-tahun lepas pencapaian murid-murid dalam Peperiksaan Akhir Tahun bagi mata pelajaran Pendidikan Islam tidak mengecewakan. Ini kesimpulan yang dibuat sebaik analisis mengenainya dibuat. Sekurang-kurangnya guru-guru Pendidikan Islam SKTT mampu tersenyum bila ia dibentangkan oleh Ketua Panitia dihadapan Guru Besar dalam mesyuarat kurikulum. Walaupun tidak dinafikan adanya kelompangan terutama di kelas label rendah tetapi ia dapat ditampung dengan pencapaian kelas label tinggi yang mencatat peratus lulus 90 - 100%. Sungguhpun begitu, bagi seorang guru pendidikan Islam atau ustaz dan ustazah, peratus murid lulus mengatasi peratus murid gagal dalam peperiksaan bukanlah pencapaian sebenar yang harus dibanggakan . Tanggungjawab seorang ustaz dan ustazah menuntut lebih dari keputusan peperiksaan. Ia berkaitan bekalan yang akan di bawa pelajar-pelajarnya pada masa hadapan. Sejauh manakah murid beramal dengan apa yang mereka pelajari dalam kelas yang bukan sekadar bacaan al-Quran,

Shahrizat mungkin gigit jari

Melihat kepada perkembangan semasa dalam pergerakan wanita UMNO, ia bolehlah disifatkan sebagai " memberi kemenangan mudah kepada parti lawan dalam pilihanraya akan datang ". Demikian kesimpulan yang boleh dibuat daripada pandangan beberapa penganalisis politik merujuk kepada kemelut yang sedang berlaku dalam sayap utama UMNO itu. Bekas Ketua Wanita UMNO Kedah pula merayu supaya pimpinan wanita membuang sifat ego mereka sementelahan mereka sekarang berada di pihak yang menanggung kekalahan di banyak tempat. Keputusan yang dicapai dalam mesyuarat Pergerakan Wanita UMNO pusat yang tidak membenarkan pertandingan bagi jawatan Ketua dan Naib Ketua merupakan suatu konfrontasi antara pucuk pimpinan wanita dengan ahli-ahli bawahan mereka. Sejumlah 73 pencalonan yang diterima Datuk Shahrizat bukanlah suatu yang boleh dipandang remeh sebaliknya ia adalah kesungguhan wanita di peringkat bahagian untuk melihat perubahan segera dilakukan. Tambahan lagi bahagian-bahagian yang mencalonkan S

Selawat dulu sebelum rotan

Hari ini saya dapat satu petua merotan yang berkesan. Petuanya, kalau nak merotan anak-anak atau murid-murid hendaklah terlebih dahulu berselawat. Barulah anak-anak yang dirotan itu akan patuh dan mendengar kata. Mudah-mudahan anak-anak tersebut akan berjaya di kemudian hari. Kata orang yang bagi petua ini, " kita tak boleh merotan budak begitu saja. Kenalah bersalawat sikit. " Seperti biasa, orang seperti saya tidak boleh menerimanya begitu saja. Bersalawat memanglah amalan yang baik lagi diganjari pahala serta balasan salawat dari Allah dan para malaikat. Tetapi mengaitkan selawat dengan sesuatu pekerjaan sebagai satu kemestian atau kewajipan tanpa panduan al-Quran dan Sunnah adalah satu kesalahan. Kalau nak bersalawat juga terpulanglah. Tapi jangan jadikan dia sebagai sesuatu yang mesti dilakukan. Agak mendukacitakan apabila perkara-perkara seperti ini biasanya diterima tanpa banyak soal oleh kebanyakan orang. Alasan mereka mudah saja. Salawatkan benda baik. Apa masalahny

Biar Allah memutuskannya

Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'uun. Tiga pengebom Bali disahkan telah menjalani hukuman tembak seperti yang ditetapkan mahkamah ketika menjatuhkan hukuman terhadap mereka. Walaupun mereka merayu supaya hukuman mati dijalankan secara dipancung, namun mahkamah menolak. Jelasnya, kematian bukanlah satu masalah bagi mereka dan menjadi cita-cita mereka untuk mati sebagai syuhada. Reaksi pelbagai diterima sejak mahkamah mengumumkan hukuman akan dijalankan bila-bila masa menyebabkan pihak berkuasa meningkatkan kawalan keselamatan bagi mengelak dari berlakunya hal-hal yang boleh mengancam keselamatan. Kebanyakan rakyat Australia yang ditemuramah sama sekali tidak bersetuju dengan hukuman yang dikenakan mahkamah Indonesia. Mereka lebih suka jika ketiga-tiga pengebom tersebut dikenakan hukuman penjara seumur hidup. Ini kerana mereka akan dilihat sebagai orang yang bersalah dengan hukuman penjara. Sebaliknya hukuman mati yang diterima mengangkat mereka sebagai wira di mata sebahagian orang

Apa seterusnya?

Seperti yang dijangka calon Presiden USA dari parti Demokrat, Barack Obama menjadi pilihan majoriti rakyatnya untuk dihantar menduduki singgahsana White House. Buat pertama kali seorang Afrika Amerika memegang jawatan no.1 di negara tersebut. Rata-rata penyokongnya baik di dalam mahupun di luar negara menyambut gembira kemenangan yang mereka sifatkan sebagai bakal membawa perubahan kepada Amerika dan dunia. Suasana penuh emosi sepanjang Obama menyampaikan ucapan kemenangan. Saya sempat menyaksikannya melalui saluran Astro Awani. Sejak kemunculannya mengumumkan hasrat untuk menjadi calon Presiden, perhatian rakyat Amerika sudah terarah kepadanya. Beliau mula disukai ramai. Banyak pihak yang mengharapkan kemenangannya. Antaranya mereka yang terdiri dari ahli keluarga anggota tentera yang berkhidmat di luar negara yang mengharapkan polisi perang Obama dapat mengembalikan ahli keluarga ke pangkuan. Selain mereka yang menyokong dasar kesamarataan Obama berharap penyatuan penduduk yang berj

Obama atau Mc Cain?

Sejak setahun lalu, masyarakat dunia dihebahkan dengan pencalonan Presiden Amerika Syarikat ke-44 bagi menggantikan Bush yang bakal menamatkan penggal pemerintahannya. Negara semaju Amerika hanya menetapkan 2 penggal sahaja bagi seseorang Presidennya. Begitulah Amerika. Apa sahaja yang berlaku pasti menarik perhatian masyarakat dunia untuk mengambil tahu mengenainya. Sama ada setuju atau tidak kita sendiri yang mengangkat kedudukan mereka sebagai pentadbir dunia. Jadilah mereka terus dengan sikap bongkak menganggap diri mereka berkuasa dan menguasai dunia. Salah siapa? Bermula dengan pemilihan calon bagi parti yang bertanding baik Republikan atau Demokrat sehinggalah hari yang bakal menentukan Presiden ke-44 pada 4hb. Nov, semakin rancak orang memperkatakannya. Ada rakan-rakan yang menghadiri temuduga DG41 menjadikan ia sebagai isu dunia untuk diulas ketika ditemuduga. Hari ini rakyat Amerika menjalankan tanggungjawab mereka untuk memilih calon kesukaan mereka. Dalam siaran berita, kit

Ke Terengganu

Alhamdulillah, hajat saya untuk membawa keluarga ke Terengganu terkabul juga. Ini pertama kali saya membawa isteri dan anak-anak ke sana. Kami bertolak dari rumah jam 2.15 petang hari Khamis selepas waktu persekolahan. Bersama dengan dua orang teman, En. Azizi dan En. Rashidi yang membawa keluarga masing-masing, kami bergerak secara konvoi mendahului rombongan sekolah yang dijadualkan bertolak jam 10.30 malam. Cuaca yang baik melancarkan perjalanan. Ketika melalui Jalanraya Timur Barat hari sudah menganjak ke petang. Perjalanan merentasi Banjaran Titiwangsa dengan diapit hutan hujan Khatulistiwa, saya sengaja membuka cermin kereta. Wah, nyaman sekali. Kami sampai di Besut kira-kira jam 8 malam dan menginap di Bukit Keluang Beach Resort. Sementara menanti anak-anak mandi saya meninjau keadaan persekitaran resort dalam gelap malam. Menurut En. Azizi tidak jauh dari resort ada pantai. Selepas mandi dan solat jamak maghrib dan isyak saya memulakan proses melelapkan mata. Sedar-sedar