Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2008

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se

Lega!

Alhamdulillah . Mungkin itu kalimah paling sesuai dilafazkan sempena jaminan Tuan Guru Presiden PAS tiadanya muzakarah atau perbincangan dengan UMNO untuk maksud kerjasama politik antara keduanya. Sekadar pertemuan biasa untuk berbincang mengenai kebaikan orang Melayu dan agama Islam diizinkan dengan syarat diumumkan terlebih dahulu kepada Jawatankuasa PAS Pusat. Ia sebagai tanda keterbukaan PAS dengan sesiapa sahaja termasuk NGO dan parti-parti politik. Saya yakin jaminan ini bakal menghapus gundah gulana sebahagian besar ahli yang sentiasa meragui kejujuran UMNO. Jaminan ini juga diharapkan dapat menyatukan kembali serta mengembalikan kepercayaan ahli terhadap pimpinan. Sekarang masanya untuk kita kembali menumpukan kepada kekuatan jamaah serta kerajaan-kerajaan negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat. Parti-parti dalam gabungan juga patut melihat jaminan ini sebagai bukti keikhlasan PAS untuk terus kekal bersahabat dalam usaha untuk melahirkan sebuah kerajaan yang adil serta memacu kema

Perihal Isra' dan Mi'raj.

Apakah Isra’ dan Mi’raj berlaku pada malam 27 Rejab? Oleh: al-Qaradhawi Salah seorang ulama hadith dari kurun ke 7 bernama Abu al-Khattab ‘Umar bin Dahya, yang menulis kitab “ Ada’ la wajaba fi bayan wad’ie al-wadhdha’ien fi syahr Rajab ” menyebut di dalamnya: “Sesungguhnya sebahagian para Qusshas (pereka-pereka cerita) ada yang menyebut kononnya Nabi SAW diisra’kan pada bulan Rejab.” Katanya (Abu al-Khattab): “Ini suatu pembohongan.” Kenyataan ini diakui oleh Khatimatul al-Huffadz al-Hafidz Ibn Hajar al-‘Asqalani pensyarah kitab hadith al-Bukhari yang terkenal. Saya sedia maklum bahawasanya dakwaan isra’ dam mi’raj berlaku pada malam 27 Rejab tidak terdapat walau satu hadith yang sahih, tidak terdapat juga satu pendapat yang sahih dari seorang sahabat, ia hanyalah pendapat yang telah termasyhur, dan pendapat sebahagian para ulama, dan pendapat ini dinisbahkan kepada al-Imam al-Nawawi, dan al-Imam al-Nawawi memilih pendapat ini di dalam fatwanya, dan al-Imam al-Nawawi adalah seorang y

Resah Muzakarah.

Isu muzakarah atau muqabalah PAS dan UMNO semakin hangat diperkatakan. Lama sebelum ini, desas desus mengenainya sudah saya ketahui melalui laman-laman alternatif. Namun saya lebih suka menutup mulut kerana bimbang yang terkeluar nanti mendatangkan fitnah kepada jamaah. Saya akui isu ini meresahkan saya. Kebarangkalian PAS menjadi mangsa adalah sangat tinggi. Itu tanggapan saya secara peribadi. Mangsa kepada kesilapan sendiri yang mengakibatkan PAS di pandang serong dan terpinggir dalam Pakatan Rakyat. Atau mangsa kepada UMNO yang memperalatkan PAS untuk memperlahankan kebangkitan seterusnya memastikan mereka terus kekal berkuasa dalam PRU akan datang. Ketika itu jadilah PAS seumpama kain buruk. Dihenyak dan direnyuk oleh UMNO. Disisih dan dipinggir oleh rakan-rakan. Semua itu saya pendamkan sahaja. Kelmarin, ketika saya 'free' sementara menunggu waktu ke kelas bersama dua lagi teman, mereka membangkitkan isu ini. Pertama kali saya luahkan apa yang terpendam selama ini. Rupanya

Kalau tak cakap .......... kan senang!

Situasi 1 " Tadi jiran sebelah nampak ada anjing lalu bawah penyidai. Rasanya terkena baju. Badan anjing tu pulak basah ." Beritahu isteri saya. " Uhhh ." Saya mengeluh. Masakan tidak. Terpaksa saya ambil semua pakaian di ampaian untuk di'samak', memandangkan jiran tadi tidak pasti pakaian mana yang terkena najis mugahallazah itu. " Kalau dia tak cakap, kan senang ". Rungut saya. Situasi 2 " Abang! Ada tahi cicak di tapak kaki abang tu ." Salah seorang dari jamaah solat memberitahu sebaik kaki melangkah keluar dari masjid. Sah. Memang ada. Selepas menghilangkan najis, saya mengulangi solat. " Kalau dia tak cakap, kan senang ". Sempat saya merungut. **************************************************************************** Sayyid Sabiq dalam kitabnya Fiqhus Sunnah membawakan satu riwayat, bahawa Umar bin al Khattab radhiallahu 'anhu suatu ketika melalui sebuah kawasan. Ketika berjalan beliau ditimpa sesuatu yang jatuh dari

Kecelaruan PPSMI

Ini cerita lama. Dua orang murid Tahun 2 sebuah sekolah di negeri Perak dilapor melakukan seks oral dalam kelas. Antara yang paling marah ketika itu dengan laporan ini ialah Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad. Beliau mensasarkan kemarahannya kepada guru-guru Pendidikan Islam (GPI). Guru Agama tidak bertanggungjawab. Tidak mengajar agama yang betul. Asyik berpolitik. Tuduhnya. Akibatnya murid Tahuin 2 pun berani melakukan perbuatan terkutuk itu. Kebetulannya kejadian berlaku selepas setahun BN hilang banyak kerusi dalam PRU 1999. Belum reda lagi marahnya. Memang Dr.M marah betul kepada GPI yang menurutnya meninggalkan kelas untuk berpolitik bagi pihak pembangkang. Kalau untuk UMNO tidak mengapa lah. Selang beberapa hari selepas itu, laporan terperincinya ialah kedua-dua murid tersebut merupakan murid India (Hindu) di SRJK Tamil. Bila masa pula GPI mengajar murid-murid non Muslim. Sehingga hari ini, PM yang dah jadi bekas itu masih belum menuntut maafnya dari semua GPI selur

Kembali Berharap

Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak kini bergelar Dato' Seri setelah menerima Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah (SPMK) daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah pada Istiadat Menyembah Tahniah dan Penganugerahan Darjah Serta Bintang Kebesaran di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit di sini, semalam. Istiadat tersebut diadakan sempena Perayaan Jubli Emas 50 Tahun Pemerintahan KDYMM Tuanku Sultan yang disambut secara rasmi mulai 15 Julai kelmarin. sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=15855&Itemid=1 Azridul mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah buat Dato' Seri di atas penganugerahan tersebut dan berharap kerjasama baik pihak istana dan kerajaan negeri berterusan dan membawa negeri Kedah ke arah kecemerlangan dan kesejahteraan. Sememangnya anugerah darjah kebesaran bagi sesetengah orang bukanlah sesuatu yang membanggakan. Namun jika dilihat dari sisi lain, ia merupakan pengiktirafan dan pengh

Jubli Emas.

Pagi tadi, bersama keluarga saya turut menyertai majlis perisytiharan Jubli Emas Pemerintahan DYMM Sultan Kedah. Kemeriahan terasa. Anak-anak teruja menyaksikan upacara penuh adat istiadat. Bangganya saya bersultankan seorang pemerintah yang berjiwa rakyat. Lebih membanggakan saya apabila sempena 50 tahun pemerintahan Baginda bergandingan pula dengan seorang Menteri Besar yang sederhana. Bertuahnya menjadi rakyat Kedah. Malam ini pasukan Hijau Kuning bakal turun ke gelanggang dengan semangat Jubli Emas.

Mufti Perlis jawab isu empat saksi kes liwat

PETALING JAYA: Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin jelas bercanggah pendapat dengan Mufti Perak, Dato Harussani Zakaria dalam kes orang yang menuduh dirinya diliwat mesti mengemukakan empat orang saksi dan jika gagal boleh disebat 80 kali. “Mereka ini keliru antara seseorang yang mendakwa orang lain melakukan zina dengan orang yang mendakwa dirinya dirogol dan diliwat,” kata Dr Asri. “Jika disamakan kaedah ini bererti mangsa-mangsa rogol dan liwat kena datangkan empat orang saksi dan kalau gagal berbuat demikian, mereka akan disebat 80 kali. Inikah Islam yang mereka faham? “Kesalahan memahami hukum beginilah yang akan mengelirukan umat Islam? Jika ini yang ditonjolkan pada masyarakat, maka orang akan anggap Islam itu zalim,” katanya lagi. Baru-baru ini, Dr. Asri meminta kedua-dua individu yang dikaitkan dalam kes liwat iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan supaya ‘bermubahalah’ atau bersumpah. Beliau berkata isu liwat itu kini sudah menjadi sem

Apa jawapannya....

Pada malam itu, seperti biasa Ustaz mengajar di suraunya. Ustaz masuk bab baru. Bab solat. Ustaz mulakan dengan erti solat. "Solat ialah perbuatan dan ucapan yang dimulai dengan takbiratul ihram dan diakhiri dengan salam." Murid-murid Ustaz terangguk-angguk . "Takbiratul ihram tu lafaz Allahu Akbar, angkat tangan pula sunat saja. Salam pula lafaz assalamualaikum, manakala memalingkan muka ke kanan dan ke kiri hukumnya sunat." Belum pun Ustaz meneruskan penerangannya, seorang murid Ustaz bertanya, " Ustaz kata, solat mula dengan takbiratul ihram dan akhir dengan salam . Tapi saya tengok Ustaz mula sembahyang dengan baca usholli ....., akhir pula dengan sapu muka. Ustaz ajar lagu lain tapi buat lagu lain. Yang mana kami nak ikut?" Ustaz terdiam. Agaknya, apa jawapan Ustaz?

Dizalimi dan dizalimi lagi

Takziah buat En. Shahrial Sirin seorang tahanan ISA, kerana kembalinya puteri sulung, Aina Mardiah 17 tahun, ke rahmatullah. Pilu hati membaca kisahnya. Tujuh tahun ditahan ISA, beliau balik ke rumah hanya untuk menatap janazah anak sulungnya. Itu pun tempoh yang dibenarkan hanya sejam sahaja. Sedangkan pihak keluarga serta kenalan dalam GMI dikhabarkan telah berusaha untuk mendapatkan kebenaran Menteri Dalam Negeri untuk membolehkan beliau bersama anaknya ketika anaknya sedang nazak. Tapi dihalang oleh prosedur yang menyusahkan. Hati saya tertanya-tanya, sudah hilangkah naluri kebapaan dalam diri pihak-pihak yang menguruskan kebenaran itu. Mereka ini tidak anakkah? Sudahlah dizalimi dengan ditahan tanpa bicara. Kemudian dizalimi lagi dengan lanjutan tempoh penahanan. Kini dizalimi pula dengan dinafikan hak untuk berada disisi anak yang sedang nazak. Bagaimana dengan kita? Dapatkah kita bersama orang-orang tersayang ketika mereka memerlukan kita? Sungguh, rakyat Malaysia ditakutkan den

Jangan alih perhatian

Sejak tersebar cerita liwat Datuk Seri Anwar, perhatian teralih seketika. Orang ramai juga tidak mahu ketinggalan untuk mengetahui perkembangan tebaru. Bagi yang boleh akses internet, ada peluang saja sudah pasti menghadap komputernya. Mereka pula menjadi rujukan rakan-rakan bertanyakan cerita-cerita terkini. Namun suasana nampaknya agak terkawal. Tidak segawat 1998. Malah orang ramai tidak terlalu galak mengulas. Walaupun begitu ia masih tetap isu besar negara. Seorang yang dikatakan bakal menduduki jawatan no.1 dalam kerajaan cuba disabitkan dengan tuduhan meliwat pembantunya. Bagi mereka yang enggan bercakap bukan kerana tidak berminat atau tidak mahu mengambil tahu. Tapi lebih mengambil sikap berhati-hati kerana tidak pasti kebenaran di pihak mana. Ada juga yang kerana terlalu meluat kepada pihak yang membangkitkan tuduhan, sudah di 'set' kan dalam kepalanya siapa yang salah dan siapa yang betul. " Malas dah aku nak cakap ". Satu kenyataan yang cukup untuk menutup

Strategi jimat cermat

Seminggu dua ini saya bawa nasi bekal saja ke sekolah. Kalau tidak sempat menyiapkan nasi bekal pun, saya hanya beli 2 bungkus nasi yang berharga 0.60 sen sebungkus. Air pula dari paip di rumah. Tapi ditapis dengan penapis air jenama RX Water. Itulah juadah santapan waktu rehat saya. Asalkan kenyang. Semua ini sebagai menyahut saranan PM kesayangan rakyat dan menteri-menterinya supaya berjimat cermat. Selaku rakyat yang baik, saya dengan bangganya menyahut saranan tersebut di samping bersedia menjadi contoh kepada rakan-rakan yang lain. Saya juga terfikir untuk berbasikal ke sekolah. Jarak perjalanan 25km dari rumah ke sekolah bukanlah satu masalah bagi saya. Selain menjimatkan minyak ia juga boleh menyihatkan badan. Cuma saya bimbang sampai ke pengetahuan Datuk Seri Nazri. Tentu nanti saya dimarahinya. Takut saya dikatakan sebagai mencemarkan imej negara. Tunjukkan kesusahan dan kemiskinan kita kepada 'orang luar'. Masyarakat antarabangsa akan mencemuh negara kita. Kerajaan te

Ezam mulakan tugas

Sebaik diterima masuk oleh UMNO dengan ihsan Presiden, Ezam tidak menunggu lama untuk memulakan tugas menyerang parti lamanya. Semalam Ezam meminta orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan cerita konspirasi menjatuhkan bosnya. Menurutnya lagi, tindakan Anwar mengaitkan nama beberapa pemimpin negara dan kerajaan dengan konspirasi serta menuduh mereka membuat dakwaan itu untuk menjatuhkannya juga bercanggah dengan ajaran Islam. Syabas Ezam kerana mengaitkan persoalan agama dengan peristiwa ini. Peringatan yang sangat baik supaya tiada pihak yang tergelincir dari landasan agama dalam segala tindakan. Syabas juga kerana Ezam bercakap persoalan agama ketika bersama UMNO. Mungkin hasil dari pergaulan dengan rakan-rakan PASnya semasa 'makan semeja' dahulu. Ada baiknya juga Ezam menasihati tuan barunya tentang dosa berbohong kerana ia juga termasuk dosa-dosa besar. Contohnya berbohong tarikh pilihanraya dan berbohong mengenai kenaikan harga minyak. Hari ini pula Ezam membuat laporan