Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2008

Mesyuarat cawangan (Ketua Kampung)

Semalam, telah diadakan mesyuarat pencalonan ketua kampung di cawangan BT 2. Seperti yang diarahkan oleh pimpinan, setiap cawangan bertanggungjawab menentukan calon ketua kampung di kawasan kampung masing-masing. Ia sebagai manifestasi daripada dasar "parti mengawal kerajaan" seperti yang diterangkan kepada wakil-wakil cawagan pada malam berlangsungnya taklimat perlantikan Ketua Kampung. Antara kriteria perlantikan ialah, seseorang bakal ketua kampung adalah juga seorang aktivis parti. Selain itu, beliau seorang berkemampuan, bertanggungjawab, berpengaruh, memahami dasar-dasar parti, bermastautin dan lebih penting bersedia menerima dan menjalankan arahan-arahan parti. Perlantikan dan kriteria ini bolehlah dianggap sebagai ganjaran kepada aktivis-aktivis yang telah lama berkhidmat untuk parti mendapat hasil daripada sumbangan mereka selama ini. Namun awal-awal lagi pimpinan mengingatkan tentang tanggungjawab yang bakal dipikul bukan sekadar habuan jawatan dan elaun semata. Aga

Kelmarin dan pagi ini.

Pejam celik dah masuk lima hari sekolah bercuti. Orang kata cikgu cutinya banyak. Tapi sejak cuti bermula hari Jumaat lalu macam tak cuti pula. Jumaat, kursus dalaman. ( Patutkah kursus buat hari minggu?? ) Sabtu, tunggu anak di sekolah. Ada teknik menjawab soalan UPSR Sains. Ahad sampai Rabu minggu pertama cuti, ada tuisyen. Kalau ikut Puan GB, sepanjang cuti ini disuruhnya buat tuisyen. Kononnya untuk tingkatkan peratus pencapaian UPSR. Sebenarnya, hendak jaga nama dia. Apa lagi, cikgu-cikgu pun membantah. Kami pun mahu bercuti juga. Apa sangat yang ada pada UPSR. Calon yang dapat 5A bukannya boleh dapat kerja. Asrama penuh pun belum terjamin. Ingatkah lagi peristiwa tahun lalu? Dato' Pengarah sendiri mengakui bilangan sekolah berasrama penuh tidak dapat menampung jumlah murid yang berjaya memperolehi keputusan 5A dalam UPSR tahun lalu. Di mana murid 5A tahun lalu yang gagal ke sekolah berasrama penuh sekarang. Sebahagian sekarang menjadi bahan sindiran teman-teman yang lain di s

Produk Hiburan

Akademi Fantasia 6 (AF6) berakhir semalam. Seorang lagi juara baru dinobatkan. Lima peserta AF yang diistilahkan sebagai pelajar kononnya telah menamatkan sesi pengajian di akademi. Lalu dilangsungkanlah majlis ala-ala graduasi. Maka bertambahlah lagi produk hiburan di negara kita. Sokongan demi sokongan diberikan kepada mereka. Wang ringgit sanggup dihabiskan untuk memastikan mereka terus kekal di AF. Malah tidak kurang pula yang sanggup bergaduh mempertahankan peserta pilihan mereka. Lihat saja perang SMS di saluran @15 Astro. Bahasa-bahasa yang dikeluarkan pun bukannya elok sangat. Kekadang musykil juga tentang masa depan golongan ini. Boleh bertahankah mereka? Atau sekurang-kurangnya boleh cari makan dalam bidang ini? Penyanyi yang ada sekarang pun sudah tidak termampu kita mengenalinya. Inikan pula yang baru-baru. Mungkin hanya beberapa kerat rakyat Malaysia yang tidak kenal dengan golongan penyanyi. Tapi kebanyakan yang lain mampu menyebut nama-nama penyanyi kesayangan mereka dal

Bersihkan nama Ustaz Jailani

Harakah keluaran terbaru menyiarkan temubual bersama peguam yang terlibat dalam kes Siti Fatimah Tan Abdullah. Peguam Ahmad Jailani akhirnya berpeluang membersihkan namanya dalam lidah rasmi PAS setelah menjadi topik serangan beberapa orang yang keliru dengan tindakan yang beliau ambil. Amat menyedihkan sekali pihak-pihak yang menyerangnya langsung tidak mendapatkan penjelasan dari beliau terlebih dahulu. Malah ada imam di sebuah masjid di Pulau Pinang yang menggelarkannya Ahmad Jailani ' laknatullah' . Apa jenis manusia yang sanggup menggelarkan saudara seagamanya dengan gelaran sebegini. Masih ada akhlakkah orang macam ini? Lebih-lebih lagi tuduhan atau kecaman tersebut dibuat di atas mimbar yang mulia. Lupakah dia, di awal khutbahnya beliau telah menyeru jamaahnya supaya bertaqwa kepada Allah. Paling mendukacitakan apabila tuduhan dan tohmahan itu datangnya dari ahli jamaah Islam khususnya PAS. Bukan melemparkan rasa kecewa kepada PAS tetapi kepada segelintir ahlinya yang se

Bush dah minta maaf

Insiden berulang lagi. Cuma caranya berbeza. Namun matlamatnya sama. Satu lagi bentuk penghinaan ke atas kesucian Islam. Kali ini al-Quran yang mulia dijadikan sasaran latihan menembak oleh seorang tentera Amerika laknatullah. Mukjizat Rasulullah diperlakukan sedemikian hina. Stesen televisyen tempatan Iraq melaporkan, kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri menyatakan, Bush telah menyampaikan permohonan maafnya kepada PM Iraq Nuri al Maliki melalui satu panggilan telefon yang dibuat lewat malam tadi. “Perdana Menteri telah menerima permohonan maaf daripada Presiden AS George W. Bush berhubung insiden askar AS menjadikan naskhah al-Quran sebagai sasaran latihan menembak,” lapor stesen Al-Iraqia. Bush memberitahu askar berkenaan akan dibicarakan,” lapor Al-Iraqia. Sukar menerima tanpa mempersoalkan kejujuran Bush dalam permohonan maafnya. Itu pun kalau benar seperti yang dilaporkan oleh stesen tv tersebut. Siapa tahu, kalau ia hanya sekadar untuk menyedapkan hati rakyat Iraq semata-mata

Dr.M keluar UMNO

Berita terkini, Tun Dr. Mahathir mengumumkan beliau keluar dari UMNO. Bagi saya, berita tersebut tidak menggemparkan. Selama ini pun beliau mengkritik Pak Lah seperti beliau sudah berada di luar UMNO. Serangan Dr.M ke atas parti segera ditangkis juak-juak Pak Lah. Pandangan Dr.M sering diperlekeh orang-orang besar dalam UMNO. Dr.M diingatkan supaya tidak mengganggu urusan pentadbiran UMNO dan negara di bawah Pak Lah.. Ketika itu hanya nama-nama yang terbuang sahaja yang dilihat bersimpati dengan Dr.M seperti Datuk Ruhanie, bekas MP Parit Sulong. Hanya selepas PRU12 baru-baru ini, beberapa pemimpin UMNO yang baru tersedar dari mimpi indah mereka menerima hakikat teguran yang dibuat oleh bekas Presiden mereka. Hakikatnya ahli-ahli UMNO sendiri yang memboikot calon-calon mereka dalam pilihanraya lalu sebagai pengajaran kepada sikap pekak badak Pak Lah dan orang-orang kanannya. Kini Dr.M maju selangkah lagi dengan pengumuman tersebut. Beliau turut mengajak sama ahli-ahli yang tidak berpuas

Liberal ala pondok

Satu hari di kantin sebuah sekolah rendah di negeri Kedah. Sementara menantikan keputusan rasmi Hari Ko Kurikulum Pendidikan Islam peringkat zon diumumkan. Beberapa orang guru Pendidikan Islam sedang berbual. Kata Ustaz Shahabuddin ( nama sebenar ), " sejak Husin ( nama sebenar ) balik, dia dah bawa cara wahabi. Baru-baru ni, Tok Guru Quran dia meninggal dunia. Si Husin jadi imam solat janazah. Lepas sembahyang dia tak baca doa. Orang kampung pun heranlah." Sampuk pula Ustaz Azrin ( nama sebenar ), " dulu masa Allahyarham Ustaz Fadzil meninggal dunia, Tuan Guru Nik Aziz yang mengimami solat janazah. Dia tak baca doa juga. Lagi pun apa masalahnya, solatnya sah. Doa lepas solat tak penting. Dalam solat dah dibacakan doa ." Ustaz Hafizullah ( nama sebenar ) mencelah, " tak boleh macam tu. Masyarakat tidak boleh terima. Kita kena ikut kehendak masyarakat. Kalau masyarakat nak macam tu, kita kena ikutlah. Ustaz Gani, Ustaz Nizam dan Ustaz Suhaimi ( ketiga-tiganya

Jabatan Pelajaran pun rasuah

Daripada 544 kes kesalahan rasuah yang melibatkan kumpulan sektor awam dalam tempoh lima tahun sejak 2003, Jabatan Pelajaran menduduki tempat kedua dengan 59 kes. Memalukan! Institusi yang diharapkan untuk melahirkan generasi MANUSIA dicemari dengan perbuatan tidak bermoral segelintir pegawainya yang tidak bertanggungjawab. MANA NAK DATANGNYA BERKAT!!! Kepada menteri, timbalan menteri dan yang sekutu dengannya, daripada sibuk menghalang wakil kerajaan Pakatan Rakyat merasmikan program-program di sekolah kerajaan adalah lebih baik beri perhatian membasmikan rasuah di kalangan pegawai jabatan pelajaran. Untuk rekod, PDRM 217 kes. Pelajaran 59 kes. Pihak berkuasa tempatan 28 kes. Jabatan kebajikan masyarakat 19 kes. Jabatan Agama Islam 14 kes. ( sebahagiannya melibatkan kes tangkapan khalwat- pengarang ) Lain-lain 148 kes. Seperti yang dimaklumkan oleh Datuk Seri Nazri Aziz dalam Dewan Rakyat.

Melayu marah

Pengerusi DAP, Karpal Singh mempertikaikan titah Sultan Perak agar MB Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin menarik semula arahan tukar 24 jam ke atas Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) Datuk Jamry Suri. UMNO pun buat laporan polis. " Melayu marah ". Kata Pak Lah. 24 orang ADUN BN Terengganu menolak keputusan Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) Terengganu melantik dan memperkenankan Dato' Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu. Para penyokong bekas MB turut membawa sepanduk dan kain rentang yang menulis kata-kata mengecam dan maki hamun terhadap institusi beraja di Terengganu. MELAYU SANGAT MARAH. Memang kita marah apabila seorang bukan Melayu yang mempertikaikan kuasa sultan. Tapi kita LEBIH MARAH dengan orang Melayu yang kurang ajar dengan sultan. Tapi kalau dah UMNO, UMNO lah. Salah orang nampak sangat. Salah sendiri..... diam-diam sudahlah.

Zakat padi...... masih relevankah?

Sembang-sembang di halaman surau seusai solat Isya'. Berbicara tentang krisis kekurangan bahan makanan yang melanda. Kenaikan harga beras menjadi fokus. Berbagai spekulasi ditimbulkan. Saling melontar hujah dan pandangan. Sesekali diselang seli dengan gelak tawa. Saya sekadar pendengar. Tertarik dengan isi perbincangan, saya tidak segera pulang. Seorang teman membuat kesimpulan. "Orang dulu bila buat bendang, depa tak lupa bayar zakat. Sebab tu berkat". Kali ini saya mesti bersuara. "Orang la(sekarang), dah tak berapa kisah dengan zakat." Sambungnya lagi. "Masa ni, pesawah dah tak mampu nak bagi zakat lagi. Sebab depa pun miskin." Saya mencelah disambut dengan ketawa teman-teman yang lain. Mungkin anggapan mereka ia adalah satu sindiran. Hakikatnya memang begitu. Kalau dulu para pesawah menikmati hasil dari sawah yang dikerjakannya. Mereka tidak perlu bersusah payah membeli beras di kedai. Tapi sekarang! Ramai pula yang terpaksa berhutang untuk mengerj

Telekung

" Awat tak sembahyang?" Tanya saya kepada murid yang didenda berdiri kerana tidak mengikuti program solat zohor berjamaah seperti yang dijadualkan. Berbagai jawapan diberi bagi menjustifikasikan tindakan 'lari' dari solat berjamaah. "Saya tak bawa telekung, ustaz" jawab salah seorang murid perempuan. Satu alasan yang mungkin mereka rasa boleh terlepas dari denda. "Dah tau kena sembahyang, pasai apa tak bawa telekung?" Tanya saya lagi. "Lupa." katanya. Sedangkan Allah ampunkan hambaNya yang lupa, patutkah pula saya ambil tindakan ke atasnya? Begitulah lembutnya hati saya dan dimaklumi sekalian murid. Namun saya bertekad menghapuskan salah faham tentang soal telekung yang sering 'menganggu' kaum hawa untuk menyegerakan solat mereka. "Tak pakai telekung pun boleh sembahyang." Saya mulakan penerangan. "Aurat dalam solat dan diluar solat sama saja. Tidak kira lelaki atau perempuan. Aurat lelaki antara pusat dan l

Esok kerja!

Hari terakhir cuti. Paginya ke sekolah menghantar anak. Sebentar di kantin. Menikmati secawan milo panas kegemaran bersama dua biji kuih yang masih berharga 0.20 sen sebiji. Sedang di luar sana termasuk di kawasan perumahan saya sebiji kuih dijual antara 0.25 - 0.30 sen. Burger Malaysia dan karipap menjadi pilihan selain membelikan 3 biji kuih pau untuk isteri di rumah. Seketika melayan teman bersembang. Bertanya khabar. Loceng berbunyi. Teman-teman melangkah ke kelas. Saya terus pulang. Selepas menguruskan beberapa hal di rumah, saya ke Tabung Haji. Ambil duit. Terpaksa kerana ada urusan yang harus dibiayai. Selesai di situ, saya bercadang ke bank untuk meyimpan wang yang diamanahkan oleh jamaah surau kepada saya sebagai pengarah program korban & akikah. Melihatkan bank yang terlalu padat, saya melencong dan terus pulang. Selepas memasak dan makan, saya terlelap seketika sehingga dikejutkan isteri. Waktu zohor dah hampir. Mandi dan ke surau. Sebelah petangnya hanya melayari intern

Menu hari ini

Ada kenalan bertanya, 'masak apa hari ini?' Sudah tentulah yang special. Sesuai untuk orang yang sedang berpantang dan orang yang ' turut berpantang' . Jangan buat tak faham. Si abah pun berpantang juga. Maka beginilah jadinya........... Amacam . Ok la tu.... he... he...

Pemuda PAS Perlis sokong Mufti

Sejuta penghargaan dari saya kepada Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis (DPPNP) dengan kenyataan yang dibuat bagi menyokong ketegasan SS Mufti Perlis terhadap penganjuran program Jom Heboh di negeri tersebut. Apa yang lebih menarik, kenyataan yang dibuat DPPNP dilihat senada dengan kenyataan mufti mereka. DPPNP dalam kenyataan yang dibuat melalui ketuanya, Ustaz Ya'akub Abu Seman, tidak menolak sepenuhnya program tersebut sebaliknya penganjur perlu mengikuti garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa agama negeri. Semoga dengan sokongan yang diberi, akan kembali mengeratkan hubungan kedua-dua pihak menjalin kerjasama dalam usaha membenteras sebarang bentuk kemungkaran atau jenayah agama di Perlis. Di samping usaha dan tindakan bersepadu kedua-dua pihak mendaulatkan Islam yang suci berteraskan al Quran dan as Sunnah. Harapan saya juga agar kerjasama tersebut diperluaskan dengan kesediaan semua pihak tanpa mengira parti atau jamaah berpadu tenaga bergerak seiring dalam kerja-k

Sokong Dr. Asri!

Saya menyokong penuh ketegasan Sahibus Samahah Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainal Abidin yang membantah konsert Jom Heboh TV3 yang bakal menampilkan artis Faizal Tahir. Sambil menyifatkan beliau bukan seorang yang anti hiburan, Dr. Asri bersedia menerima seandainya artis-artis yang dibawa diketahui melalui lagu mereka yang mempunyai mesej jelas seperti Kopratasa, Suhaimi Meor Hassan, M Nasir atau Ramli Sarip. Dr. Asri juga tidak menolak penganjuran program Jom Heboh di negeri itu seandainya ia mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh pihak pentadbiran agama negeri itu. Selain itu beliau turut mengingatkan pihak penganjur agar tidak membawa artis-artis yang memang dikenali sebagai artis yang bermasalah dari segi akhlak. Semua pihak yang menjadikan amar makruf dan nahi mungkar sebagai slogan perjuangan mereka seharusnya berada sebaris atau setidak-tidaknya di belakang SS Mufti Perlis tersebut. Beliau yang sentiasa tampil dengan idea-idea kritis dan segar sering berada di hadapan dalam