Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2008

Lawak BN

Lama juga tidak menulis. Gara-gara kabel dicuri orang. Sehingga hari ini, tiada tindakan yang diambil oleh pihak telekom Malaysia. Beberapa laporan telah dibuat oleh jiran-jiran saya. Takkan nak guna kuasa EXCO pula kut? Cuma dalam hal ini, bagi saya yang menjadi penyokong sejati pakatan PAS, PKR dan DAP, seboleh-bolehnya saya akan menjaga imej pakatan ini terutamanya wakil rakyat mereka supaya tidak dibenci orang. Saya takut, jika perkara ini menjadi tekanan wakil rakyat, mereka pula akan menekan pihak TM. Nanti jadi modal pihak lain membangkitkan kebencian ke atas pakatan. Mohon dilindungi Allah. Hari ini saya melawat kedua ibu bapa saya. Kesempatan ini saya ambil untuk melayari internet lantas melepaskan gian saya untuk menulis. Banyak perkara yang bermain di kepala saya selama ini. Malangnya tiada tempat untuk dihamburkan. Setiap isu yang saya ikuti pasti ada jawapannya. Cuma ia berlegar-legar dalam benak fikiran saya. Kurang sesuai untuk saya kupas di sini kerana dah 'expired&

Fanatik MU

Klik untuk besarkan imej .

Kemenangan Calon Pilihan.

Tahniah kepada calon pilihan, Tn. Haji Abdullah b. Jusoh yang bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri N27 Pantai Merdeka, Kedah. Beliau yang memenangi kawasan tersebut menewaskan penyandang kerusi dan bekas Exco, Datuk Dr. Shuib b. Saedin. TN. Hj. Abdullah atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Lah mendapat undi sebanyak 11,654 berbanding lawannya 11,151 dengan majoriti 503 undi. Turut meraikan kemenangan ialah rakan-rakannya dari PKR yang menyapu bersih kawasan Parlimen Sg. Petani, DUN Sidam dan DUN Bakar Arang. Tahniah kepada pengundi-pengundi di kawasan Sg. Petani kerana keberanian melakukan perubahan. Azridul tidak ketinggalan meraikannya.............

Keputusan Rakyat

Pilihanraya Umum Ke-12 (PRU 12) telah berakhir. Keputusannya telah diketahui umum. Semua akhbar nasional pada Isnin 10 Mac telah memuatkan keputusan penuh PRU 12. Rakyat telah membuat keputusan mereka. Siapa yang mereka pilih adalah kehendak mereka. Keputusan yang dicapai adalah keputusan rakyat. Sesiapa saja yang dipilih adalah menjadi harapan rakyat untuk membawa suara mereka. Sudah tentu rakyat mengharapkan yang terbaik dari wakil yang mereka pilih. Soal kemampuan seseorang wakil rakyat itu menunaikan kehendak rakyat yang diwakilinya mungkin hanya sebahagian sahaja yang dapat memahaminya. Maka jalan terbaiknya, setiap wakil yang terpilih hendaklah sedia bersemuka untuk memberi penjelasan. Teruskan program-program bersama rakyat, mendekati rakyat, mendengar masalah rakyat seperti yang dilakukan semasa berkempen tempoh hari. Kepada yang berjaya, tahniah diucapkan. Kepada yang gagal bersedialah untuk menerima keputusan di samping bermuhasabah dan memperbaiki kesilapan masa lalu. Bersat

Pengajaran Buat Media

Ia berlaku di luar dugaan. Siapa pun tidak akan menyangka akan belaku begini. Satu keputusan yang sangat bersejarah. Rakyat yang mencipta sejarah itu. Majoriti 2/3 BN dinafikan dalam satu suasana pilihanraya yang dilihat cukup memihak kepada BN sendiri. Sejak Parlimen dibubarkan malah beberapa minggu sebelumnya sehinggalah pada malam sebelum pilihanraya berlangsung, seluruh jentera kempen pilihanraya BN termasuk pendokong-pendokong setianya yang terdiri daripada SPR, PDRM, Jabatan Penerangan, media-media cetak dan elektronik serta yang tidak dapat disebutkan di sini kerana ruang yang terhad bertungkus lumus untuk memastikan lawan BN tersungkur. Angan-angan besar BN untuk menawan Kelantan turut disuarakan oleh pelakon-pelakon segera dalam iklan yang memualkan. Bayangkan seorang bakal MB begitu berani menonjolkan hasratnya sedangkan beliau bakal berhadapan dengan seorang 'hardcore' dalam PAS dan di kawasan yang sangat sukar buat BN. Bagaimana beliau begitu berani meramal kejayaan

Kabel Telefon Kena Curi.

Sudah 4 hari saya berpisah dengan alam siber. Sepanjang tempoh itu juga saya tidak mengunjungi blog. Ini semua gara-gara kabel telefon di kawasan perumahan saya telah dicuri orang. Bayangkan bagaimana terseksanya jiwa raga saya, di saat yang cukup genting ini saya terputus hubungan untuk mendapatkan berita-berita yang lebih meluas dan terbuka. Nak tengok berita tv?? Atau nak baca akhbar?? Loya lagi meloyakan. Kerana simpatikan akal yang sejahtera ini saya mengenepikan keinginan untuk menonton berita tv setiap jam 8 malam yang selama ini menjadi kegemaran saya. Kerana itu saya menjadi sangat geram kepada pencuri-pencuri kabel ini. Namun untuk menasihati mereka meninggalkan pekerjaan terkutuk itu hanya menghabiskan masa kita sahaja, melainkan ia datang dari kesedaran diri mereka sendiri. Justeru saya tidak berminat untuk memberi ulasan tentang sikap mereka ini. Saya bukan mangsa pertama mereka dan sudah tentu bukan mangsa terakhir. Saya pasti mangsa-mangsa sebelum saya sudah banyak menya

Perarakan Calon BA.

Perarakan calon BA pada hari penamaan calon bagi peringkat Parlimen Sungai Petani. Kedah. Senarai calon: P015 Sungai Petani, Johari b. Abdul; N27 Pantai Merdeka, Hj. Abdullah bin Jusoh; N28 Bakar Arang, Tan Wei Shu; N29 Sidam, Tan Joon Long.

TV3 yang bodoh.

TV3 sekali lagi tampil menunjukkan kebodohannya. Kali ini dengan mengulas kenyataan Dato' Seri Abul Hadi Awang tentang hukum mengumpat. Bagi yang mengerti tentang hukum hakam ia bukanlah satu isu sebenarnya. Sememangnya bab mengumpat atau ' ghibah ' yang diharuskan ada dibicarakan oleh al-Imam an-Nawawi dalam kitab tersohornya, 'Riyadhus Solihin' pada bab yang ke-256. Jadi, apa yang nak dihairankan. Namun kerana kurangnya maklumat dan pemerhatian ke atas ilmu-ilmu Islam dan sumber-sumbernya, TV3 dengan bangganya telah menjelaskan kepada rakyat Malaysia bahawa mereka memang bodoh . Lagi pun, bukankah TV3 dan sekutunya dari RTM dan media massa yang lain juga selama ini menjadi juara mengumpat khususnya kepada musuh-musuh politik taukeh mereka. Sepatutnya kenyataan Presiden PAS boleh dijadikan panduan untuk mengkategorikan jenis-jenis umpatan yang pernah mereka lemparkan. Untung-untung ada juga yang harusnya, maka teruskan jika dirasakan ia dapat menyelamatkan negara d

CALON PILIHAN

Nama : Hj. Abdullah bin Jusoh Panggilan Mesra : Cikgu Lah. Umur : 59 tahun. Pendidikan : Diploma Sains Pengurusan. Pengalaman : Bekas Eksekutif Latihan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Wilayah Utara. Jawatan : YDP PAS Kawasan Sungai Petani. Rujukan : Harakah.