Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2008
Syukur, alhamdulillah. Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam yang dirancang dan ditunda beberapa kali dapat juga dijalankan. Itupun dalam keadaan jadual yang sangat padat. Selepas mesyuarat saya bergegas ke PPD untuk satu taklimat berkaitan pendaftaran UPSR. Pada sebelah petangnya pula murid-murid sekolah akan menjalani acara sukantara sempena olahraga sekolah. Saya terlibat sebagai pegawai. Selepas sahaja taklimat di PPD berakhir, saya terus keluar tanpa sempat minum petang yang disediakan oleh pihak PPD. Matlamat saya untuk turut serta dalam sukantara tersebut. Ini kerana saya sangat berminat dengan sukan. Rugi kalau tak turut serta. Lagipun saya sebagai ketua rumah sukan mesti mengambil berat hal rumah sukan yang diketuai saya. Alhamdulillah, saya sempat sampai ketika acara sudah berlangsung kira-kira 20%. Ketika saya sampai, ternyata tenaga saya memang ditunggu-tunggu dan menjadi harapan banyak pihak. Saya rasa dihargai. Mungkin juga saya syok sendiri.

Hilangnya fungsi masjid

( sekadar hiasan ) Dr. Mohd Asri bin Zainal Abidin, Mufti Perlis sudah mula mendapat tempat dalam program Bicara Mufti yang disiarkan RTM pada setiap pagi jam 6.30 – 6.45. Ini satu perkembangan yang baik. Walaupun banyak pihak kurang menyenangi cara dan pembawaan beliau, tetapi kedudukan dan peranannya sebagai mufti salah sebuah negeri dalam persekutuan harus diterima semua pihak. Maka, selayaknya beliau diberi ruang untuk berbicara dalam program tersebut. Pagi itu ( 22.01.2008 ), kali kedua saya mengikuti bicara Mufti Perlis di tv. Seperti biasa, beliau tampil dengan idea tajdidnya. Menyarankan supaya fungsi masjid diperbetulkan. Masyarakat hari ini seakan meminggirkan masjid. Masjid tidak lagi menjadi pusat penyatuan masyarakat dan ummah. Orang ramai tidak berminat untuk berkumpul di masjid. Salah siapa? Orang-orang masjid pula lebih suka berklik-klik. Ada klik masjid, ada klik kedai kopi, ada klik padang bola dan berbagai lagi. Yang jarang ke masjid tidak boleh masuk dalam klik mas

Nasihat dan Penasihat

Ketika di kelas tadi, saya banyak meninggalkan nasihat buat renungan anak-anak murid saya. Nasihat saya mudah. Selepas kita belajar mengenali sifat-sifat Allah, kita belajar untuk menjadi orang yang takut pada Allah. Berhati-hati setiap perbuatan atau tingkah laku (saya khususkan kepada menjaga percakapan atau tutur kata kerana saya mengajar tentang sifat sama 'iaitu Allah Mendengar). Menjadi kebiasaan bagi seorang guru menasihati murid-muridnya. Tugas menasihati pula bukan juga terhad kepada yang berjawatan guru sahaja. Siapa sahaja boleh menasihati malah dituntut agama. Mulianya tugas menasihati ini sehingga Allah mengingatkan tentang ruginya bagi manusia yang mengabaikan kewajipan ini. Firman Allah, "Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugia. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati kepada kebenaran dan nasihat menasihati kepada kesabaran". (al-Asr 1-3) Bagi meninggalkan kesan kepada nasihat saya

Azam..... oh!....... azam

Mendekatkan diri dengan Allah. Itu azam tahun baru 2008 masehi dan 1429 hijrah. Syukur kerana dapat melangkah ke kedua-dua tahun baru yang jarak waktu keduanya berlaku terlalu hampir. Seperti orang lain, saya juga memasang azam. Mendekatkan diri dengan Allah atau disebut sebagai taqarrub ila Allah. Skop taqarrub ini saya luaskan dengan tidak menyempitkan kepada memperbetulkan atau menambah kuantiti dan kualiti ibadah-ibadah khususiah SEMATA-MATA. Bukan sekadar menambah bilangan solat sunat, menambah puasa sunat, zikir-zikir, doa-doa bahkan ia juga sebenarnya perlu diberi perhatian serta kawalan agar tidak terbabas melakukan perkara-perkara bidaah. Tetapi skop taqarrub yang saya ingin tekankan meliputi seluruh aktiviti harian. Islam bukanlah agama yang mementingkan ritual sahaja bahkan seluruh aspek kehidupan insan. Sehubungan itu, amat wajar untuk melihat konsep mendekatkan diri dengan Allah agar melangkaui amalan solat, puasa, zikir, doa atau membaca al Quran. Kalau ini sa

PENGENALAN

BIODATA RINGKAS AZRIDUL Nama: Azrin bin Abdullah Tarikh dan tempat lahir: 1hb. Oktober 1971 di Alor Setar Pendidikan: SK Langgar, Kota Bharu, Kelantan(1978); Sek. Ren. Iskandar, Alor Setar(1979-1982); SK Sungai Petani(1983); Maktab Mahmud AS(1984-1991); MP Kota Bharu(1993-1995); UKM-PJJ(1998-2004). Kerjaya: Guru Tugas Khas: Ketua Panitia Pendidikan Islam; Setiausaha Peperiksaan; Ketua Penasihat PBSM; Ketua Penasihat Kelab Bola Sepak; Ketua Jurulatih Pasukan Bola Sepak; Ketua Penasihat Rumah Sukan Aminuddin Baki; Penasihat Kelab Buku Teks; Ahli Majlis Sukan; Setiausaha Badan Kebajikan Guru dan Staf Khidmat masyarakat: Naib Pengerusi Surau al-Muhtadin, Persiaran Amanjaya 5; Setiausaha PAS cawangan Batu 2, Sungai Petani. MAKLUMAT KELUARGA Ibu: Hajjah Zaiton binti Hasan. Suri rumah. Bapa: Haji Abdullah bin Jusoh. Pesara kerajaan; YDP PAS Kawasan Sungai Petani; ADUN Pantai Merdeka 2008 – sekarang Isteri: Nor Rizan binti Abdul Halim. Guru. Anak: Azrina (1996); Ahmad Az